NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA

 

1.KATA ADJEKTIF


-          Dikenali juga sebagai kata sifat.
-          Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat ,
 binatang dan sebagainya.
-          boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai
 penguat.

Boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.


Jenis

Contoh Kata Adjektif

Contoh Ayat


Pancaindera

Masam , manis,  tawar , gebu
Busuk , lembut , bising , licin


1.     Makanan itu manis rasanya.
2.     Suara penyanyi itu sungguh merdu.

Perasaan

Sedih , seronok , benci , malu
Suka , dendam , rindu


1.     Dia berasa sedih apabila saya pergi.
2.     Kami seronok memancing di situ

Bentuk

Bulat , bujur , lurus , buncit
Kempis , bengkok


1.     Kulitnya putih dan mukanya bulat.
2.     Tiang rumah itu sangat lurus.

Ukuran

Kecil , besar , panjang ,
Ketat , luas , tebal  


1.     Kasut ini sudah ketat.
2.     Ruang tamu rumahnya sangat luas.

Tabiat / sifatan

Pandai , rajin , baik , berani ,
Uzur , amanah , sihat


1.     Alia seorang murid yang rajin.
2.     Mat Kilau terkenal dengan sifat beraninya menentang penjajah.


Cara

Fasih , cekap , mahir , cepat,
Perlahan

1.     Mak Tom sangat mahir menganyam tikar.
2.     May Tan fasih berbahasa Melayu.


Waktu

Lama , awal , baru , segera ,
Lambat

1.     Sudah lama kami tidak bertemu.
2.     Hanim selalu datang awal ke sekolah.


Jarak

Hampir , jauh , dekat

1.     Kapal itu berada jauh di tengah laut.
2.     Rumahnya dekat dengan rumah saya.


Warna

Biru , kuning , hijau , kelabu

1.     Kereta merah itu milik Ah Leng.
2.     Asiah memakai baju berwarna  kelabu.


Keadaan


Buruk , miskin , sibuk , indah

1.     Baju yang dipakainya sudah buruk.
2.     Pemandangan di kampung itu sungguh indah.

           

Latihan 1


Garisi jawapan yang betul.


1.            Budak yang berusia empat bulan itu sungguh ( lawa , comel ).

2.            Badang menjadi  ( sasa , kuat ) setelah makan muntah hantu.

3.            Kepalanya ( benjol , bulat  ) kerana terhantuk dinding.

4.            Anak-anak Profesor Murad ( bijak , ganas ) belaka.

5.            Pemuda bermisai ( panjang , tebal ) itu kelihatan bengis.

6.            Badan anggota polis itu sungguh ( lembik , tegap ).

7.            Dia dipilih sebagai ketua kerana ( lantang , malu ) berkata-kata.

8.            Saya kagum melihat menara ( condong , bengkok ) di Teluk Intan.

9.            Permukaan yang ( senget , rata ) diperlukan untuk berkasut roda.

10.         Para hadirin begitu ( khusyuk , lokek ) mendengar ceramah itu.

11.         Polis menemui mayat ( lembut , reput ) di dalam kawasan semak itu.

12.         Ibu membuang pakaian yang ( baru , lusuh ) itu.

13.         Jeritan budak itu sungguh ( merdu , nyaring ).

14.         Lelaki ( kerdil , pendek ) itu berjaya dalam hidupnya.

15.         Saya ( sayu , nyaris ) tertipu dengan pujukannya.

16.         Kamu patut bercakap dengan ( jelas , besar ) agar mudah difahami.

17.         Gina sering ( gopoh  , segera ) sewaktu membuat  kerja.

18.         Perut kakak ( tembam , buncit ) kerana mengandung.

19.         Pak Ali mengasah parangnya yang ( tumpul , tajam ).

20.         Budak yang ( nakal , kencang ) itu adik saya.

Latihan 2


Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.



 


          tebal            lurus             masam                   panjang         bujur
          Licin             hapak           kempis                   hitam            kelat  
          mahal           tinggi            tampan         rindu             bising




1.            Biskut di dalam tin itu sudah ………………….

2.            Buku …………………..itu saya beli di Ipoh.

3.            Bola ragbi  berbentuk …………………..

4.            Baju ………………………itu telah koyak.

5.            Gelang emas itu sangat ……………………..

6.            Saya tidak terminum teh yang …………………….itu.

7.            Aslina lebih ……………………..daripada ayahnya.

8.            Tayar basikal Kumaran telah …………………………..

9.            Pemuda …………………….itu bekerja di  sebuah syarikat insurans .

10.         Junit amat ……………………akan neneknya.

11.         Rumah itu …………………….dengan suara kanak-kanak.

12.         Buah mangga yang sangat ……………………itu telah dibuang oleh ibu.

13.         Belut itu sangat …………………..

14.         Jalan itu …………………..tetapi berbahaya.

15.         Sungai yang ……………………..itu bermula di sini.


Latihan 3


Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.




          Kempis                   pipih             laris              luntur            landai
          Keriting         gempar         gentar           sebu             surut
          Suam            bengis           hening           lengang         becok



1.            Deepak tidak mampu makan lagi kerana perutnya terasa …………………..

2.            Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek , yang ……………….. tak datang melayang.

3.            Penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing setelah banjir …………………

4.            Kawasan pantai yang ……………………..itu sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

5.            Orang ramai ……………………….dengan bunyi letupan di kilang itu.

6.            Pengurus itu amat gembira kerana barangan syarikatnya ………………….di pasaran       .

7.            Bola itu ……………………..dan perlu dipam angin.

8.            Wanita  yang berambut ………………………..itu ialah cikgu saya.

9.            “Saya tidak …………………….dengan ugutan kamu,” kata budak kecil itu.

10.         Semangat para pejuang kemerdekaan tidak pernah …………………………walaupun menghadapi rintangan.

11.         Saya berasa amat tenang dalam suasana yang …………………………ini.

12.         Kami takut menegur Wai Kiong melihatkan wajahnya yang ………………………

13.         Suasana di bandar …………………………menjelang tengah malam.

14.         Ayah minum secawan kopi …………………….sebelum ke pejabat.

15.         Siew Hong digelar mulut murai kerana mulutnya ………………………..


Latihan 4


Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


1.       Barangan import itu harganya sangat ……………………………

2.       Ruang yang ……………………….ini tidak sesuai dijadikan tempat bermain untuk
kanak-  kanak.

3.         Warna baju itu ……………………setelah dicuci beberapa kali.

4.         Sikapnya yang ……………………….tidak disenangi oleh rakan-rakan.

5.         Aminah berasa ………………………kerana lulus dalam ujian.

6.          Kepalanya ……………………….akibat diketuk oleh budak itu.

7.          Setiausaha itu kelihatan ………………………apabila memakai  baju kebaya.

8.          Rumahnya terletak tidak …………………….dari pusat bandar.

9.          Murid itu dimarahi oleh gurunya kerana selalu datang ………………….. ke sekolah.

10.       Kita digalakkan supaya bangun …………………… pada setiap pagi.

11.       Khairil membuang penselnya yang telah ………………………….

12.       Sawah padinya sangat ………………………., seluas mata memandang.

13.       Tangan Nancy berasa ……………………. kerana terkena duri.

14.        Linda disayangi gurunya kerana dia ……………………..dan rajin.

15.        Buah manggis yang …………………….itu diambil dari kebun nenek.

16.        Robiah sangat ……………………..berbahasa Inggeris.

17.        Ahli tinju yang ……………………itu berasal dari Terengganu.

18.        Raja yang ……………………sentiasa dikasihi rakyat.

19.        Kucing Nani yang comel itu sangat ………………………..

20          Ubat-ubat mesti disimpan di tempat ………………………..agar tidak diambil oleh
            kanak-kanak.


Latihan 5

Gariskan jawapan yang betu.

1.             Warna baju baru itu  ( luntur , pudar ) setelah dicuci.

2.             Kita mestilah  ( murni , ikhlas ) sewaktu menghulurkan bantuan.

3.             Mayat mangsa kebakaran itu ditemui dalam keadaan ( rentung ,reput ).

4.             Kami menjadi ( segan , kecut ) mendengar ugutan samseng itu.

5.             Jackie sudah ( insaf , lali ) dengan ejekan kawan-kawannya.

6.             Pemuda yang ( tegap , gemalai ) itu terpilih sebagai hero dalam sebuah drama aksi.

7.             Rambut Hasnah ( genjur , likat ) setelah lama mandi di laut.

8.             Kamu perlu berhati-hati melalui kawasan yang ( landai , curam ) itu.

9.             Rohan berasa ( daif , belas ) melihat keadaan pengemis itu.

10.          Polis itu menembak dengan ( tepat , matang ).

11.          Kelas 6 Cempaka menjadi ( gambar , gamat ) semasa ketiadaan guru.

12.          Penduduk  ( daif , dajal ) di kampung itu telah diberi bantuan.

13.          Penagih itu ( gelabah , gemalai ) apabila begnya diperiksa polis.

14.          Azira menutup hidung sewaktu melalui tandas kerana berbau ( hanyir , hancing ).

15.          Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu (  luyu , remuk ) di bahagian hadapan.

16.          Isi rambutan itu  ( tanggal , lekang ) dan manis rasanya.

17.          Pelancong asing kagum dengan sikap rakyat  Malaysia yang ( bengis , ramah ).

18.          Adik jatuh terlentang kerana berlari di lantai yang  ( kasar , licin ).

19.          “Amboi, ( cantik , tinggi)nya kamu pada hari ini!” puji  Asnah kepada kawannya.

20.          Warna ( hitam , putih ) ialah warna yang melambangkan kesucian.

21.          Sambal daging itu agak ( masam , pedas ) tetapi sedap dimakan.

22.          Dia dapat menjawab soalan itu dengan ( cepat , terang ) dan tepat.

23.          Kami memakai pakaian yang ( nipis , tebal ) ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.

24.          Baju yang dipakai oleh penyanyi itu ( berkilat , berkilat ) apabila disinari cahaya lampu.

25.          “Kita dilarang berbuat ( baik , jahat ) sesama insan,” pesan Ustaz Zaki.


Latihan 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.



 
            Rajin                 landai                tegap                erat                  lumayan                        kecewa             kagum              jernih                bingung             aneh                                         cemerlang         condong            mendung            pantas               jarang                                       curam               panjang             tajam                lambat              bising
   

1.             Perhubungan kami sungguh ………………………..bagai isi dengan kuku.

2.             Saya …………………….melihat kecekapan penunggang motosikal itu.

3.             Pantai itu menjadi tumpuan ramai kerana kawasannya ……………………………

4.             Kejadian yang ……………………..itu menjadi buah mulut orang ramai.

5.             Keuntungan yang diperoleh oleh Tauke Lim ……………………………benar.

6.             Shanti ……………………….memikirkan masalah yang dihadapinya.

7.             Tubuh pahlawan Melayu itu ………………………amat.

8.             Dia …………………………kerana permohonannya untuk belajar di kolej itu ditolak.

9.             Maniam …………………..berlatih untuk memenangi pertandingan itu.

10.          Sungai yang ……………………….airnya jangan disangka tiada buaya.

11.          Pokok kepala yang …………………………..itu perlu ditebang.

12.          Dia berlari ………………………… kerana dikejar oleh anjing yang garang.

13.          Langit ……………………………menandakan hujan hendak turun.

14.          “Jangan pakai pakaian yang …………………………dan ketat,” kata ibu.

15.          Dia mendapat keputusan yang …………………………….dalam peperiksaan itu.

16.          Suasana di kelas itu sangat ……………………….seperti di pasar.

17.          Belakang parang jika diasah, lama-lama akan ……………………….juga.

18.          Jalan raya yang ……………………..itu berbahaya kepada kenderaan.

19.          Kerja-kerja yang diberikan kepadanya …………………………..disiapkan

20.          Halim memotong rambutnya yang ……………………………itu di kedai gunting.


Latihan 7

Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1.         Anjing itu sangat garang.                                                                   (           )

2.         Soalan inilah yang paling sukar sekali.                                                 (           )

3.         Di antara kami , dialah yang paling tinggi.                                            (           )

4.         Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu.                                 (           )

5.         Murid baru itu amat pandai melukis.                                                    (           )

6.         Bajunya lebih merah daripada baju saya.                                             (           )

7.         Ubat itu sangat pahit betul.                                                                 (           )

8.         Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya.                            (           )

9.         Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya.   (           )

10.        Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis.                            (           )
           
11.        Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia.                                       (           )

12.        Pisau itu perlu diasah kerana tumpul.                                                 (           )

13.        Saya amat berlari dari sini ke kedai itu.                                              (           )

14.        Saya gemar lagu-lagu Melayu asli.                                                     (           )

15.        Asmah mendapat markah yang terbaik.                                             (           )


2.KATA SENDI NAMA


Bil
Kata Sendi Nama

Penggunaan
Contoh Ayat Betul
Contoh Ayat Salah
1.
Di



-Menerangkan tempat / arah
-Tidak boleh menerangkan waktu /
masa
-Pak Salleh tinggal di situ
-Saya tinggal di Taman Pedas
Indah
-Di zaman dahulu terdapat
seorang raja yang zalim.
-Saya selalu membaca di waktu
petang.
-Gambar itu tersangkut di
dinding.

2
Ke
-Menerangkan tempat,arah,waktu /
masa.
-Tidak boleh menerangkan kata
nama manusia & haiwan
-Cawan itu jatuh ke lantai
-Saya akan bertolak ke Jeddah
esok.
-Saya menunggu awak hingga ke
petang.

-Sajak ini ditujukan ke Salmah.
3
Dari
-Menerangkan arah,tempat,waktu
& masa.
-Tidak boleh menerangkan punca
-Dari dahulu hingga sekarang
perangainya tetap tidak berubah
-Saya berasal dari Kelantan

-Beg itu diperbuat dari kulit
buaya.
4
Daripada
-Menerangkan punca bagi
manusia,haiwan,& benda.
-Menunjukkan perbandingan.
-Tidak boleh digunakan untuk
arah,tempat & masa.

-Surat itu daripada Izzat.
-Kasut itu diperbuat daripada kulit.
-Farhan lebih kurus daripada Zul.
-Saya menunggu awak daripada
Pagi hingga petang.
-Budak baru itu datang daripada
Kelantan.


5


Kepada


-Menerangkan manusia,haiwan,&
benda.
-Menunjukkan pecahan.
-Menerangkan sasaran.


-Surat ini ditujukan kepada Azli.
-Kek itu dibahagikan kepada dua
bahagian.
-Kepada siapakah saya harus
mengadu.


-Saya sayang kepada ibu saya.





6
Pada
-Menerangkan waktu & tempat.
-Tidak boleh menerangkan sasaran
-Sekolah itu dibuka pada minggu
hadapan.
-Beg itu tersangkut pada paku.
-Tahi lalat Mazni terletak pada
bibirnya.

-Surat ini ditujukan pada semua
ibu bapa.
7
Bagi
-Menerangkan kegunaan sesuatu.

-Kantin itu dibina bagi kemudahan
pekerja kilang itu.
-Kutipan itu dibuat bagi membantu
mangsa peperangan.


8
Demi
-Menerangkan tujuan & unsur
penegas.
-Tidak boleh digandingkan dengan
Kata sendi ‘untuk’
-Saya sanggup berkorban demi
negara.
-Demi Allah saya tidak mencuri
duit itu.

-Saya sanggup berkorban demi
untuk Negara.
9
Tentang
-Menerangkan perihal sesuatu.
-Imbuhan ‘Men…kan ‘  -Tiada
perlu tentang
-Imbuhan ‘ ber’   - Perlu tentang.

-Cikgu Norida bercerita tentang
pengalamannya.
-Cikgu Norida menceritakan
tentang pengalamannya.
10
Seperti / bagai / umpama
-Menerangkan perbandingan.
-Wajahnya cantik bagai bidadari.
-Perangainya seperti kera
sumbang.


11
Sejak
-Menerangkan waktu / masa.
-Tidak boleh digandingkan dengan
kata sendi ‘dari’

-Siti tidak datang sejak minggu l
lepas.
-Sejak bila kamu pandai merokok?
-Siti tidak datang sejak dari
minggu lepas.
12
Terhadap
-Digunakan sebagai penerang
perlakuan.
-Jangan bersikap biadap terhadap
orang tua.


13
Akan
-Menerangkan manusia / haiwan
-Didahului dengan kata adjektif
-Saya sayang akan ibu.
-Saya benci akan Maria yang
sombong itu.


14
Oleh
-Untuk membentuk ayat pasif
-Digunakan dihadapan kata hubung ‘sebab’
-Tidak boleh digandingkan dengan
kata sendi nama ‘kerana’.
-Ikan itu dimakan oleh kucing.
-Oleh sebab kemiskinannya,Ainin
terpaksa berhenti sekolah.
-Oleh kerana hari hujan saya
tidak dapat datang.
15
Hingga
-Menerangkan masa / waktu.
-Sabrina berbual dari pagi hingga
ke petang.
-Dia masih mengingati peristiwa
itu hingga kini.


16
Antara
-Menerangkan senarai / jarak yang
tidak mempunyai ruang.
-Antara kami tiada apa-apa
hubungan.
-Antara barang-barang yang saya
beli ialah pen,buku,fail dan
pemadam.

-Di antara barang-barang yang
Saya beli ialah beg,buku,fail
dan pemadam.
17
Untuk
-Menerangkan kegunaan sesuatu/
bahagian yang diperuntukkan
-Jam ini untuk adik.
-Sekolah itu untuk kanak-kanak
cacat.

18
Dengan
-Membawa maksud berserta,cara
menggunakan & perbandingan.
-Salina bermain dengan kawan-
kawannya.
-Dia dapat masuk ke asrama
dengan bantuan cikgu Azman.
-Antara Zali dengan Zamarul
,siapakah yang paling pandai?


19
Dalam
-Menerangkan jarak lingkungan yang tidak mempunyai ruang.

-Dalam keadaan sekarang,kita
perlu berjimat-cermat.
-Kejadian itu berlaku ketika
mereka dalam perjalanan pulang
dari sekolah.
-Dalam hal ini kita perlu banyak
bersabar.

-Saya berada di dalam keadaan
sihat.
-Hal tersebut dibincangkan
di  dalam mesyuarat.
20
Sampai
-Menerangkan masa dan waktu.
-Saya bersiar-siar dengannya dari
pagi sampai petang.
-Jika kita malas,sampai bila pun
kita tidak akan berjaya.
-Sampai sekarang dia masih belum
pulang lagi.





Latihan 1

Gariskan jawapan yang betul. Kemudian, tuliskan semula ayat di bawah.

1.    Encik Remy menceburi bidang perniagaan ( dengan / sejak ) kecil.
……………………………………………………………………………………………….

2.   Bungkusan yang saya terima tadi ada ( pada / dari ) Hassan.
……………………………………………………………………………………………….

3.   Mak Cik Tipah menasihati anaknya supaya menjauhkan diri ( dari / daripada )
budak-budak nakal.
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………….

4.   Cincin yang cantik itu abang beli ( untuk / hingga ) tunangnya.
……………………………………………………………………………………………….

5.   Murid-murid sekolah menunggu bas ( di / ke ) perhentian bas.
………………………………………………………………………………………………

6.  Rahimah mengangkut sampah ( dari / dengan ) pongkes.
………………………………………………………………………………………………

7.  ( Dalam / Umpama ) hal ini, saya tidak mahu terlibat.
………………………………………………………………………………………………

8.  Pelumba-pelumba itu berlari ( kepada / sampai ) garisan penamat.
………………………………………………………………………………………………

9.  Kedua-dua peniaga itu berbincang  ( terhadap / tentang ) masalah yang
    dihadapi.
……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………..

10. Pelarian itu amat rindu ( akan / oleh ) tanah airnya.
……………………………………………………………………………………………….

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


 
            terhadap           dari         antara daripada           untuk           dengan
            semenjak          demi       sejak               tentang           oleh             akan

1.             Majlis itu dimulakan ………………… persembahan tarian tradisional.

2.             Dia menghidap penyakit sawan ………………….kecil lagi.

3.             Adik demam kerana terlalu rindu ……………………ayah.

4.             Baju itu saya beli …………………. nenek.

5.             Perjanjian damai …………………….. Israel dan Palestin disambut  
                baik masyarakat dunia.

6.             Berita  …………………… kejadian itu menggempakan seluruh negara.

7.             Muthu kehilangan punca pendapatan……………………….diberhentikan    kerja.

8.             Barangan antik itu dibeli …………………… Datin Katijah.

9.             Ayah bersikap adil ………………………. anak-anaknya.

10.          Kita perlu rajin berusaha ………………………. mencapai cita-cita.

11.          Kami menunggunya ……………….. tadi.

12.          Siti lebih cantik ……………………. kakaknya.

Latihan 3

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1.             Daniel memotong buah mangga …………………..pisau.

2.             Hujan turun tidak berhenti-henti ……………… pagi tadi.

3.             Abang Ali tinggal ………………….. Kuala Lumpur.

4.             Micheal berasal ……………… Hong Kong.

5.             Kamu perlu yakin ………………………… diri sendiri.

6.             Kutipan derma ini dibuat …………………… membina sebuah surau.

7.             Kami telah menunggu kamu di sini ……………………. pukul 2.00 petang.

8.             Para sukarelawan sentiasa mengambil berat ……………………..  kebajikan mangsa banjir.

9.             Guru itu mengucapkan tahniah …………………… muridnya yang berjaya.

10.          Kami tidak suka ………………… perangainya.

11.          Berbagai-bagai kemudahan disediakan ………………… penduduk di kawasan itu.

12.          Perhimpunan pemimpin bersama rakyat diadakan ……………… minggu lepas.

13.          Beliau memberi penerangan …………………….. cara-cara menulis karangan yang baik.

14.          Juliana telah dilantik …………………… ketua kumpulan.

15.          Keluarganya  akan  berpindah …………………. bulan hadapan.

16.          Dia menunggu rakannya …………………. pagi …………… stesen kereta api.

17.          Pertandingan itu berlangsung …………… hari Isnin ………………..hari Rabu ini.

18.          Surat itu saya terima ………………….… bapa saudara yang tinggal ………. Filipina.

Latihan 4

Tandakan (/) pada ayat-ayat yang betul.

1.         Halimah akan ke Brunei petang ini.                                                          (           )

2.         Badrul akan berusaha hingga berjaya.                                                     (           )
           
3.         Sani menyuap nasi dengan tangan kiri.                                                   (           )

4.         Sorajini  bukan berasal daripada kampung ini.                                         (           )

5.         Mak Cik Pah tinggal di situ dari tahun lalu.                                              (           )

6.         Datuk Mohan menghulurkan bantuan hingga orang-orang miskin. (           )

7.         Perabot rumah Encik Lim dibuat dari rotan.                                            (           )

8.         Setiap petang  Pak Abu memberi makanan ke ayam-ayamnya.                 (           )

9.         Budak-budak itu bermain hingga ke petang.                                            (           )

10.        Bantuan itu diberi oleh Encik Malek.                                                        (           )

11.        “Letakkan setem  kepada sampul surat itu,” kata Sundram.                       (           )

12.        Mereka akan melawat kawasan pada hospital.                                         (           )

13.        Layang-layang itu tersangkut pada tiang elektrik.                                     (           )

14.        Maimun telah dilantik sebagai pengawas sekolah.                                   (           )

15.        Cikgu Halimah mengajar kami mengenai sejarah Malaysia.                       (           )
Latihan 5

Gariskan jawapan yang betul.

1.             Kakak mengajar ( di , ke ) sekolah ini.

2.             Dia akan ( ke , di ) perpustakaan ( dengan , tentang ) Armin.

3.             Mala berjanji akan datang ( pada , kepada ) jam 6.00 petang.

4.             Dia berasal ( dari , daripada ) mana?

5.             Puan Cheah membeli hadiah itu ( untuk , bagi ) anaknya.

6.             Dia sanggup berkorban ( demi , hingga ) keselamatan kawannya.

7.             Salmah ke pasar 9 dengan, hingga ) Julia.

8.             Mahmud dilantik ( sebagai , untuk ) ketua kelas.

9.             Noraini makan tengah hari ( di , kepada ) kedai itu.

10.          “Berikan kuih itu ( kepada , ke ) Mak Cik Tipah,” kata Puan Rohani.

11.          Sheela ke Kuala Lumpur ( untuk , akan ) menemui saudaranya.

12.          Junaidi baru sampai ( dari , daripada ) Johor.

13.          Dia kan berusaha  ( demi , hingga ) berjaya.

14.          Kumari mencari bukunya ( di , ke ) rak itu.

15.          Siti menerima surat ( kepada , daripada ) kawannya di Ipoh.

Latihan 6


Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.


            kepada     terhadap       daripada             dengan                       untuk
            tentang       akan                       sebagai                   sepanjang              ke
            selain                oleh                  hingga                seperti                        di

1.             Ayah memasukkan beberapa biji durian ……………….. dalam bakul.

2.             Penyanyi itu diundang ………………….menyanyikan beberapa buah lagu asli.

3.             Sebilah keris tersisip ………………..pinggang pesilat itu.

4.             Kamisah berjumpa ………………….doktor semalam.

5.             …………………..bekerja, dia juga belajar di kelas malam.

6.             ………………..…pengetahuan saya, dia belum berumah tangga lagi.

7.             Surat itu ditujukan ………………….sahabatnya yang berada di luar negeri.

8.             Hadiah itu disampaikan ………………….Menteri Besar.

9.             Kita hendaklah beradab sopan ……………………orang tua.

10.          Mereka sedang berbincang …………………..sukan tahunan yang akan diadakan

11.          Cenderamata diberikan ……………………menghargai penceramah itu.

12.          Dia suka ……………………pekerjaan yang mencabar.

13.          Baju kebaya itu dibuat ………………………..sutera.
14.          Cara dia berucap ……………………seorang wakil rakyat.

15.          Rizal membaca buku ……………………..larut malam.

 

Latihan 7


Garis dan betulkan penggunaan kata sendi dalam ayat-ayat dibawah.
1.             Taj Mahal ialah bangunan yang paling indah ke dunia.
…………………………………………………………………………………………………..

2.             Kelas tambahan itu bermula daripada pukul 9.00 padi hingga 11.00 pagi.
…………………………………………………………………………………………………..

3.             Bahulu ialah kuih tradisional yang sangat digemari pada dahulu lagi.
…………………………………………………………………………………………………….

4.             Orang Eskimo tinggal di dalam iglu yang diperbuat dari ais.
…………………………………………………………………………………………………….

5.             Semua kaum di Malaysia mesti bersatu-padu akan keharmonian dalam negara.
………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………

6.             Zarina sangat sayang dengan anak-anak saudaranya.
……………………………………………………………………………………………………

7.             Zarul menampal bunga kering itu di sehelai kertas.
…………………………………………………………………………………………………….

8.             Kutipan derma itu akan diberikan terhadap mangsa kebakaran.
…………………………………………………………………………………………………….

9.             Hari Raya Puasa akan disambut oleh umat Islam di setiap 1 Syawal.
…………………………………………………………………………………………………….

10.          Ayah dan ibu menerima kunjungan saudara-mara ke Johor.
…………………………………………………………………………………………………….

Latihan 8

Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.

1.             Rahila tinggal ……………….Jalan Sungai Besi.

2.             Buku itu dikarang ………………..Encik Karim.

3.             Dia marah ………………..adikanya.

4.             Budak itu bersekolah ………………..Sekolah Rendah seri Murni.

5.             Hujan turun berlarutan ……………………..ke petang.

6.             Surat itu ditujukan …………………..sahabatnya, Ah Tam.

7.             Gempa bumi yang dasyat telah berlaku ………………Turki.

8.             Pasukan penyelamat itu …………………Amerika Latin.

9.             Bantuan itu adalah ……………………..rakyat Taiwan.

10.          Dia sedang menulis ………………………tumbuh-tumbuhan.

11.          Hadiah itu ………………….Rosnah.

12.          Zurina sangat rindu ………………….adiknya.

13.          Ju Ling ……………….rumah Anita.

14.          Beg itu dibuat ……………………kulit gajah.

15.          Dia tertarik …………….keramahan orang-orang di situ.

16.          Mereka telah menunggu saya ………………pagi …………………ke petang.

17.          Penceramah itu bercakap ………………………..penyalahgunaan dadah.

18.          Puan Nair akan bertolak …………….Kelantan.

19.          Para pelajar …………beri taklimat ringkas sebelum menduduki peperiksaan.


3.KATA HUBUNG


- berfungsi untuk menghubungkan dua ayat atau lebih  untuk menjadi satu bentuk
      ayat majmuk.
-       terbahagi kepada dua  :- 
A.   Kata hubung gabungan
B.   Kata hubung pancangan



A.   Kata hubung gabungan
-       untuk menggabungkan dua ayat atau lebih atau dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya menjadi satu bentuk ayat majmuk. Antara kata hubung gabungan ialah :

dan , atau , tetapi , serta , lalu , malahan , sambil , kemudian

Contoh  ayat :
       -  Zairin suka membaca surat khabar dan majalah.
       -  Kamu boleh memilih yang ini atau yang itu.
       -  Devi rajin membaca tetapi adiknya malas.



B.   Kata hubung pancangan
-       menyambungkan klausa-klausa yang tidak setara menjadi ayat majmuk
-       terbahagi kepada tiga:
-       kata hubung relatif
-       kata hubung komplemen
-       kata hubung keterangan



1.    Kata Hubung Relatif
-       menyambungkan klausa utama dengan satu klausa kecil untuk menjadi ayat majmuk.
-       kata hubung relatif ialah  yang

Contoh ayat :
       -  Perompak yang ditembak mati itu ialah rakyat asing
       -  Pelajar yang menjadi juara pidato itu adik saya



2.    Kata Hubung Komplemen
-       menghubungkan klausa komplemen  ( pelengkap ) kepada klausa utama
-       kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk

       Contoh ayat :
      -  Dia menyatakan bahawa dia akan ke Mekah pada tahun ini
      -  Sungguh mustahil baginya untuk melepaskan diri.


3.    Kata Hubung Keterangan
-       menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada satu klausa utama
-       Beberapa contoh kata hubung keterangan:

    kalau      sekiranya       walaupun      sungguhpun            kerana  hingga
        agar        sementara     semoga          andai kata     jika      setelah
        semasa  tatkala                        supaya           apabila           sewaktu
        kendatipun


      Contoh ayat :
       -  Kalau hari tidak hujan kita akan teruskan perlawanan bola sepak itu.
       -  Usah kita bersikap kasar kepadanya, kendatipun dia seorang yang sombong.
       -  Tatkala Jepun menyerang Tanah Melayu, Ahmad  masih  kanak-kanak lagi.
      
           

Kata Hubung Berpasangan


entah…….entah                             
baik……….baik                                                       
kian………kian                                
sama ada ………..atau                              
makin………makin                         
bagaimana………begitulah
semakin………..semakin              
sedangkan……….inikan pula                  
walaupun………..namun              
bukan sahaja………….bahkan juga                               
baik……….mahupun                                 
jangankan……….pun


Contoh ayat :          
-  Semakin lama semakin ramai penonton yang masuk ke dalam stadium itu.
-  Sedangkan Selat Melaka dapat direnangi inikan pula Selat Tebrau.

Latihan;


Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.   Pemidato itu diberikan tepukan yang gemuruh ................ selesai memberikan ucapannya.
            A.  supaya                 B.  apabila                 C.  kerana                  D.  lalu

2.   Pencuri itu ditangkap ............. dibawa ke rumah pasung.
            A.  dan                                   B.  sambil             C.  hingga     D.  sementara

3.   Perlawanan bola sepak itu akan dibatalkan ................... hujan lebat,
            A.  melainkan                B.  meskipun         C.  walhal                  D.  jikalau

4.  Abang sedang mencuci longkang .................. kakak pula sedang menyiram pokok bunga.
            A.  sambil                  B.  kecuali                 C.  lalu                  D.  manakala

5.  Budak itu petah bercakap ................. masih kecil lagi.
            A.  meskipun                        B.  dan              C.  bahkan                D.  serta

6.  Guru Besar menyampaikan ucapan .................... merasmikan majlis itu.
            A.  tetapi                     B.  bahkan        C.  lalu                 D. kerana

7.  Ahli keluarga Izam suka makan durian ................... kakaknya.
            A.  tetapi                     B. kecuali                  C.  kerana                  D.  dan

8.  Jagalah kebersihan ............... diri kita tidak terkena penyakit.
            A.  agar               B.  seraya                  C.  jika            D.  apabila

9.  ................... gagal dalam peperiksaan, Noreen tidak berputus asa untuk terus berusaha.
            A.  Jikalau                 B.  Walaupun            C.  Walhal     D.  Melainkan

10.  Ai Ling hanya mendiamkan diri ............... disapa oleh Rohana,
            A.  apabila                 B.  sementara          C.  walaupun            D.  tetapi

11.  Budak itu berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku dialah yang.............. memecahkan cermin itu.
            A.  semenjak             B.  kecuali                 C.  seraya                  D.  walhal

12.  Azman ingin bermain bola .................. kakinya sakit.
            A.  bahawa                B.  sebab                   C.  tetapi                    D.  seraya

13.  Melissa tersenyum ............... melihat neneknya yang sedang menanti di hadapan pintu rumah.   A.  manakala  B.  semenjak   C.  jikalau     D.  walaupun

14.  Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan ............. diawasi oleh beberapa orang guru.  A.  apabila       B.  sambil    C.  meskipun     D.  lalu

15.  ....................  menunggu hujan berhenti, mereka singgah di warung itu dahulu.
            A.  Sambil       B.  Semenjak       C.  Sementara        D.  Apabila

16.  Rumah di atas bukit itu besar ................ tiada penghuni.
            A.  seraya                  B.  tetapi              C.  kerana                  D.  walaupun


17.  Perlawanan bola sepak itu akan dibatalkan ............... hujan lebat.
            A.  melainkan        B.  meskipun           C.  walhal           D.  jikalau

18.  Gopal ketawa ............... melihat telatah badut yang  melucukan itu.
            A.  seraya               B.  supaya                 C.  semenjak           D.  apabila

19.  Sulaiman suka membaca cerita .............. pahlawan-pahlawan tanah air.
            A.  tentang             B.  mengenai          C.  akan           D.  darihal

20.  Ibu selalu mengingati saya .............. berhati-hati di jalan raya.
            A.  untuk                 B.  akan              C.  supaya           D.  kerana

21.  Zaidah menangis teresak-esak ................. kakinya luka.
            A.  jika                  B.  kerana                  C.  sambil               D.  supaya

22.  ............... Cikgu Ravi  mengajar di sekolah itu, dia tidak nakal lagi.
            A.  Semenjak           B.  Walaupun          C.  Adapun            D.  Sehingga

23.  Amran pelajar Tahun Enam Biru ........... adik kembarnya pelajar Tahun Enam Merah.
            A.  manakala           B.  lantaran          C.  sayugia                D.  walhal

24.  .................  menjadi pelakon terkenal, dia  jarang pulang ke kampung.
            A.  Apabila        B.  Sehingga      C.  Semenjak             D.  Arakian

25.  Mereka tidak bertegur-sapa ............. perkelahian itu.
            A.  semenjak             B.  sehingga         C.  supaya         D.  walaupun

26.  Saya akan pergi ke majlis itu .............. ibu izinkan
            A.  sebab                   B.  jika            C.  Walaupun     D.  sesungguhnya.

27.  Mereka masih belajar ................... hari sudah larut malam.
            A.  apabila                 B.  walaupun                        C.  namun                 D.  sambil

28.  Murid-murid dibenarkan membuat kerja masing-masing ................ mestilah dalam keadaan senyap.
            A.  tetapi             B.  walaupun         C.  supaya                 D.  kecuali

29.  Pak Leman terpaksa bekerja keras untuk menyara  keluarganya. ......................., dia tidak
       mempunyai pekerjaan yang tetap.
            A.  Tambahan pula  B.  Justeru itu     C.  Lantaran itu     D.  Oleh kerana itu

30.  Gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa .............. menjerit meminta tolong.
            A.  lebih-lebih lagi    B.  apatah lagi  C.  selain daripada  D.  oleh sebab itu

31.  Tunggulah di sini ................ saya membeli surat khabar di kedai itu.
            A.  manakala       B.  sementara    C.  semenjak      D.  padahal

32.  Ahmad akan terus bekerja di syarikat itu ................. khidmatnya dihargai.
            A.  selagi      B.  manakala    C.  supaya        D.  apabila

33.  Ayah membersihkan sekitar  rumah ................. nyamuk tidak dapat membiak.
            A.  jika             B.  bahawa                C.  supaya                 D.  malahan
34.  Pengurus pasukan tersenyum lebar ................. pasukannya memenangi perlawanan itu.
            A.  lantaran    B.  setelah       C.  jika          D.  padahal

35.  Semua murid diminta hadir petang ini.  ....................... mereka dikehendaki supaya membawa pakaian  sukan juga.
            A.Di samping itu  B. Sebaliknya pula C.  Oleh sebab itu D.  Tambahan pula

36.  Dia  mengakui  .................. terdapat kecuaian dalam pengurusan syarikatnya.
            A.  bahawa       B.  walaupun       C.  melainkan        D.  kerana

37.  Jalan raya itu dinaiki air .................. hujan lebat semalam.
            A.  tetapi        B.  walaupun     C.  semenjak     D.  kerana

38.  Zaitun  aktif dalam bidang penulisan. ..................... dia telah dilantik sebagai Pengerusi  Minggu Bahasa di sekolahnya.
            A.  Namun begitu    B.  Lagipun       C.  Sungguhpun      D.  Oleh itu

39.  Ikhsan masih tidur lagi .................. emaknya telah beberapa kali mengejutnya.
            A.  walhal            B.  lantaran          C.  manakala          D.  tetapi

40.  Puan Lina suka membeli barangan import .................. harganya agak mahal.
            A.  malahan         B.  kecuali          C.  walaupun      D.  melainkan

41.  “Bacalah soalan dengan berhati-hati ………….. kamu tidak melakukan kesilapan,” kata Cikgu.
A.  jika               B.  sambil             C.  agar          D.  hingga

42.  Kamu boleh pulang …………….. kerja kamu sudah selesai.
A.  hingga                  B.  sementara           C.  walaupun          D.  asalkan

43.  ……………. Berbual-bual, kami mengunyah kacang goreng.
A.  Sambil                  B.  Apabila                 C.  Sementara       D.  Jikalau

44.  Adik tertidur …………….. sedang menonton televisyen.
A.  kerana                  B.  serta           C.  ketika         D.  tetapi

45.  Ayah bergegas pulang ke kampung …………….. diberitahu bahawa datuk sakit.
A.  jika                 B.  sebelum               C.  sejak         D.  setelah

46.  Dia  menggemari  kebanyakan buah-buahan ……………… durian.
A.  kecuali                 B.  serta                C.  ataupun               D.  tetapi

47.  Dia tetap mahu meneruskan pelajarannya …………….. keluarganya miskin.
A.  jikalau          B.  sekiranya             C.  walaupun          D.  mahupun

48.  ………………. kejadian itu, mereka berdua semakin akrab.
A.  Sungguhpun      B.  Manakala             C.  Semenjak      D.  Sementara

49.  Kehidupan orang tua itu melarat, …………………. anak-anaknya berjawatan tinggi.
A.  sementara           B.  jikalau        C.  padahal    D.  semenjak


50.  Kata pepatah Melayu, elok berjagung-jagung dahulu ………………. menunggu padi masak.
A.  apabila                 B.  jikalau         C.  sementara       D.  meskipun

51.  ................ Pak Mat sanggup menanggung perbelanjaan pendidikan anaknya, ................... anaknya
       tidak mahu meneruskan pelajarannya.
            A.  Namun ....... walaupun                 C.  Sungguhpun .......... justeru itu
            B.  Walaupun ......... namun               D.  Walau bagaimanapun ...... namun

52.  ............... murid lelaki ............. murid perempuan, semuanya menutup aurat.
            A.  entah ...... entah                                    C.  baik ......... walaupun
            C.   biar ........ dan                                         D.  jangankan .......... ataupun

53.  .................. awak termenung ........... awak memberi burung itu makan.
            A.  Walaupun ............. sama ada               C.  Baik ......... mahupun    
            B.  Semakin ...........semakin                      D.  Daripada .......... lebih baik

54.  Safiah ............. pandai dalam pelajaran ............... cergas dalam bidang 
       sukan.
           A.  baik ......... mahupun                              C.  sedangkan ......... apatah lagi
            B.  bukan saja ........... tetapi juga               D.  sungguhpun .......... namun

55.  ................. Nasir dilarang oleh ibunya mandi di tasik itu, .................. dia  
      tetap  ke   sana.
            A.  Biarpun .......... hal demikian            C.  Meskipun .......... namun
            B.   Sungguhpun .......... namun itu        D.  Walaupun .......... di samping itu

56.  Pilih yang mana-mana  awak suka, ................ awak ingin yang baru ............ 
       yang lama.
            A.  waima ......... ataupun                     C.  sungguhpun ........ tetapi
            B.  biarpun ........... lantaran                  D.  bukan sahaja ......... begitu juga

57.  Dia  masuk ke dalam biliknya ............... menutup pintu dengan kuat ................ terlalu geram terhadap adiknya yang mengoyakkan buku cerita kepunyaannya.
            A.  waima ............... kerana                 C.  sambil ........... oleh itu
            B.  kalakian ................ lantaran           D.  adapun ........... biarpun

58.  Dia  masih melakukan perbuatan menconteng meja ............. telah diberi amaran oleh Cikgu Lim  ...............  perhimpunan harian pada minggu lepas.
            A.  biarpun ........... waima                 C.  sungguhpun ............. biarpun
            B.  kalakian ........... lantaran              D.  walhal ............. ketika

59.  “Mahmud .............. terkenal sebagai pelajar pintar di sekolah kami ............... terkenal di seluruh negeri ini,” kata Jenab.
            A.  tidak sahaja         ........... tetapi       C.  walaupun ............. dan
            B.  bukan sahaja............ tetapi juga     D.  sungguhpun ................ lantaran

60.  Beliau berharap ................ para pelajar mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh
        ............. peperiksaan UPSR menjelang.
            A.  agar .............. sebelum           C.  sesungguhnya .............. lantaran
            B.  supaya ............ selepas           D.  waima .............. kerana

61.  “Kami yakin ................. cadangan yang dikemukakan oleh beliau akan ditolak ................. cadangan itu akan menyebabkan banyak ahli kelab ini kerugian,” kata pemuda itu.
            A.  justeru ........... sungguhpun        C.  agar .............. sedangkan
            B.  malahan ............. kerana           D.  bahawa ............... lantaran

62.  .................. seseorang itu banyak membaca, ............... dia dapat pengetahuan dan pengalaman yang berfaedah.
            A.  Jika ...............lantaran                      C.  Seraya ............. sementara
            B.  Jikalau ............ justeru                     D.  Sekiranya ............. sudah tentu

63.  “Kawan saya ............. peramah ...............berhati mulia,”
            A.  bukan sahaja ......... tetapi       C.  bukan sahaja .............. tetapi juga
            B.  meskipun ............namun         D.  walaupun ............ namun juga

64.  Dia tetap mencuba menyelesaikan kerja-kerjanya ................. sepatutnya dia sudah pulang .............
       waktu itu.
            A.  sungguhpun ........ di             C.  meskipun ............... daripada
            B.   biarpun ........... dari             D.  walaupun ............. pada

65.  ................. pandai .................... dia selalu lewat ke sekolahnya.
            A.  Biarpun .......... namun          C.  Bukan sahaja ........ tetapi juga
            B.  Sungguhpun ........ bagaimanapun                D.  Baik ......... mahupun

66.  ……………….. tahu membaca, huruf …………..dia tak kenal.
A.  Jangankan………pun                           C.  Walaupun……..tetapi
B.  Bail………….. mahupun                       D.  Biarpun ………. Namun

67.  Orang itu ………….. saja pandai bersyarah …………….pandai  berjenaka.
A.  bukan…….mahupun                            C.  bukan…….malah
B.  meskipun……..tetapi                            D.  baik…….ataupun

68.  ……………… di sekolah ………………. Di rumah, Freddie rajin belajar.
A.  Walaupun………….tetapi                           C.  Sedangkan…….inikan
B.  Jangankan……….mahupun                       D.  Baik ………..mahupun

69.  Berkat ketekunan  Zanzali, perniagaannya ……………… hari ………………maju.
A.  bukan saja ………. tetapi                      C.  bukan saja……..bahkan
B.  makin………..makin                              D.  entah…………entah

70.  Mereka tidak memberitahu saya …………….. hendak datang …………….tidak.
A.  jikalau……….ataupun                          C.  entah………..entah
B.  sama ada……….atau                           D.  usahkan……..atau

71.  …………..cacat ………………..miskin, Krishnan bercita-cita tinggi.
A.  Meskipun…….tetapi                           C.  Biarpun……….asalkan
B.  Walaupun………..dan                        D.  Kecuali………dan

72.  Ikutlah  resmi  padi, ……………….berisi ……………… tunduk.
A.  biarpun………..tetapi                             C.  sekiranya………….dan
B.  entah………entah                                  D.  makin……..makin

73.  …………..di bandar besar tidak sesat, …………….pula di pekan kecil.
A.  Walaupun…….tetapi                           C.  Sungguhpun……..malah
B.  Sekalipun……….tetapi                        D.  Sedangkan……….inikan

74.  Tabiat menabung ………… berfaedah kepada diri sendiri ……………juga kepada kerajaan.
A.  bukan saja…………tetapi                     C.  walaupun……….namun
B.  biarpun………..bahkan                         D.  sungguhpun……..tetapi

75.  …………….. Gunung Kinabalu mampu didaki olehnya, …………..pula Gunung 
    Ledang.
A.  Walaupun…….tetapi                             C.  Baik……….mahupun
B.  Sedangkan……….inikan                       D.  Sama ada ………..ataupun

76.  “Kamu dibenarkan masuk ke dalam bilik ini ..................... mempunyai hal 
    yang  penting sahaja.......................... kerana saya tiada masa hendak 
    melayan  masalah yang remeh-temeh ..................... tidak penting.
            A.  kalau , Lantaran itu , serta
            B.  jika , Hal ini demikian , ataupun
            C.  apabila , Besar kemungkinan , dan
            D.  sekiranya , Waimanya , juga

77.  Saya tidak pernah mencacinya, ...................... saya memujinya ............................... dia berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya ........................ lima tahun lalu.
            A.  malahan , melainkan , semenjak
            B.  kecuali , sungguhpun , lantaran
            C.  justeru , lantaran , sejak
            D.  meskipun , bukan sahaja , tetapi

78.  .......................... merindui sahabat-sahabat lama, beliau akan  membaca diari ...................... cacatan lama ..................... melihat gambar-gambar kenangan ....................... bersama dengan sahabat-sahabatnya di Maktab Perguruan Sungai Petani.
            A.  Bila , atau , lalu , justeru
            B.  Apabila , ataupun , di samping , semasa
            C.  Ada kala , serta , sambil , kalakian
            D.  Sekiranya , dan , serta , lantaran

79.  Pemandu lori bersikap sombong .................... tidak bertimbang rasa ..................... mereka selalu memandu lori dengan laju ................... tidak menghiraukan keselamatan orang lain.
            A.  dan , Justeru itu , serta
            B.  serta , Maka , lantaran
            C.  waimanya , Oleh itu , tetapi
            D.  tetapi , Kerana itu , dan

80.  Perjalanan ....................... denai ini ke puncak Gunung Mulu memang menyukarkan .......................kita mestilah berhati-hati ...................... merentasinya.
            A.  dari , Oleh itu , ketika
            B.  daripada , Maka , semasa
            C.  dengan , Kerana , sementara
            D.  pada , Oleh sebab itu , manakala

4.KATA GANTI NAMA


Terbahagi kepada :

A.Kata Ganti Nama Diri

B.Kata Ganti Nama Tanya

C.Kata Ganti Nama Tak Tentu

D.Kata Ganti Nama Tempat

E.Kata Ganti Nama Tunjuk

A.KATA GANTI DIRI


Terbahagi kepada empat

1.Kata Ganti Diri Pertama        

   Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap


2.Kata Ganti Diri Kedua             

Digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.


3.Kata Ganti Diri Ketiga             

Digunakan untuk merujuk kepada orang ketika bercakap.


4,Kata Ganti Diri Singkat

Kata ganti diri yang disingkatkan

JADUAL KATA GANTI DIRI


KGD


TUNGGAL

PENGGUNAAN

JAMAK

PENGGUNAAN
1
Aku
Dengan kawan biasa / Tuhan
Kami
Diri orang yang berkata serta temannya

Saya
Dengan seseorang yang baru dikenali / suasana rasmi
Kita
Diri sendiri dan menyertakan diri orang yang dilawan bercakap.

Beta
Oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat



Patik
Oleh rakyat apabila bercakap dengan raja.



Hamba
Diri sendiri pada zaman dahulu.









2
Anda
Untuk diri orang yang tidak berhadapan dengan kita
Kalian
Untuk beberapa orang yang diajak bercakap

Kamu /
Awak
Untuk orang kedua yang rapat hunungannya dengan kita
Kamu
Untuk sekumpulan orang yang rapat hubungan dengan kita.

Engkau
Untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita / Tuhan



Tuanku
Apabila bercakap dengan sultan / raja




Saudara
Untuk orang yang baru dikenali ( lelaki )



Saudari
Untuk orang yang baru dikenali ( perempuan )





KGN


TUNGGAL

PENGGUNAAN

JAMAK

PENGGUNAAN
3
Baginda
Untuk raja / sultan
Mereka
Untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Beliau
Untuk orang yang kita hormati, ibu bapa, menteri




Dia / ia
Untuk umum, orang biasa atau rakan, lelaki atau perampuan









Sing
Ku
Apabila ditulis hendaklah


katan
Kau
Dicantum dengan kata lain



Mu
Yang menyertainya seolah-



Nya
Olah sebagai imbuhan.



Latihan 1


Garisi jawapan yang betul.

1.             Di manakah ( awak , saya ) tinggal?

2.             “( Kamu , Kalian ) mesti menunaikan sembahyang lima waktu,” kata ustaz kepada murid-muridnya.

3.             Akan ( ku , mu ) balas jasa kedua-dua ibu bapa.

4.             Badang menjadi kuat setelah ( dia , beliau ) makan muntah hantu.

5.             Izinkan ( tuan hamba , hamba ) meminta diri.

6.             “(Tuanku , Baginda ) sedang beradu di dalam bilik,” kata pengawal itu.
7.             “( Kita , Kami ) harus bekerja keras untuk kejayaan pasukan ini,” kata Salmiah kepada kawan-kawannya.

8.             Buku yang berwarna biru itu kepunyaan ( kita , saya ).

9.             “Istana Kayangan ialah tempat ( beta , tuanku ) bersemayam,” titah sultan.

10.          Param tidak hadir ke sekolah kerana ( dia ,beliau ) demam.

11.          “Janganlah ( anda , kamu ) asyik mencerca orang lain,” kata Sazali kepada adiknya.

12.          “Wahai Tuhan, ampunilah ( aku , kita ) yang telah banyak melakukan dosa ini,” rayu Suhara.

13.          Tahniah, ( awak , tuan ) telah berjaya, Kamil.

14.          ( Beliau , Dia ) kah yang telah menjual tanah ini kepada Encik Arman?

15.          ( Mereka , Baginda ) akan datang lagi pada cuti semester akan datang.

Latihan 2

Garisi dan betulkan penggunaan kata ganti diri dalam ayat di bawah.

1.             “Kami akan datang lagi ke sini,” kata Ayu kepada Sara.

2.             “Beta tidak mahu makan di restoran itu lagi,” kata bendahara.

3.             “Jayalela dan kita kan ke Pulau Tioman bersama Cikgu Azman,” kata   
               Maria.

4.             “Emak kita akan pulang pada pukul 5.00 petang nanti,” kata Siew Leng.

5.             “Saya telah sepakat untuk mengulangkaji bersama-sama,” kata 
              budak-budak perempuan itu.

6.             “Awak mesti datang petang ini,” kata Cikgu Yusri kepada murid-muridnya.

7.             Ya Allah, hanya Awaklah tempat aku memohon.

8.             Anda memang degil, Basil.

9.             “Ali, kalian hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini,” tanya 
              Nurul.

10.          “Apa yang tuan menungkan, Joe?” tanya ayahnya.

11.          Ayah dia telah meninggal dunia dua hari yang lalu.

12.          Sultan terlalu sedih hingga beliau tidak mahu bercakap.

13.          Suhana dan kakaknya pergi ke kedai. Dia membeli sekilo tepung gandum.

14.          Datuk ia berasal daripada keluarga bangsawan.

15.          Encik Samad Said ialah guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Murni.  
            Baginda telah bertugas di sekolah itu selama enam tahun.

Latihan 3

Isikan tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.


 
 Beta                 mereka              saudara                 kamu                kami                 kita                   engkau              baginda                  beliau               saya

1.             “…………………….. tidak sepatutnya bersikap kasar terhadap budak itu,” 
             tegur Syamsul kepada Anita.

2.             Maafkan saya,……………………… Bolehkah saya tahu di mana letaknya 
             Muzium Negara?

3.             Siapakah yang mengizinkan ………………………. ke sini?

4.             Ibu Logen seorang peguam. …………………….. sering menang dalam 
             perbicaraan.

5.             Raja Ahmad sudah bertunang. ……………………….. akan berkahwin pada 
            hujung tahun ini.

6.             ………………………..  kurang yakin dengan alasan yang awak berikan.

7.            Adzli, Mazlan dan Rajiv berkawan baik. …………………….. ke sekolah 
            bersama-sama setiap hari.

8.            Saya dan rakan-rakan akan ke hospital. …………………. ke sana untuk 
            melawat Gopal.

9.             “Sesiapa yang berjaya menewaskan penderhaka itu akan ………………….. \    kurniakan anugerah,” titah sultan.

10.          Kempen membaca ini ditujukan kepada murid-murid. Oleh itu   …………………… harus menjayakannya.

Latihan 4

Isi tempat kosong dengan kata ganti diri yang sesuai.

1.             “……………………… akan berangkat ke luar negara pada minggu depan,” 
            titah Sultan Selangor.

2.             “…………………….. berada di kelas yang sama sejak di sekolah rendah 
             lagi,” kata Jimi dan Devadas kepada Koh.

3.             Jika ……………………… berpecah-belah, musuh mudah mengalahkan 
             kita,” pesan Datuk penghulu kepada anak-anak buahnya.

4.             “Sudahkah …………………………. menyiapkan kerja rumah yang saya 
             berikan semalam?” tanya Cikgu Nordin kepadaTeck Lee.

5.             “Jangan sekali-kali…………………….. melanggar peraturan sekolah,” kata 
             Puan lai kepada anaknya.

6.             “………………………. diminta bersabar. Perkara ini akan saya selesaikan 
             segera,” kata penghulu.

7.             …………………….. bertitah supaya rakyat mengamalkan tabiat berjimat 
           cermat.

8.             ………………………. yang ingin memohon jawatan ini perlu mengisi 
          borang terlebih dahulu,” kata pegawai itu.

9.             “Sudah tiga hari saya tidak bertemu dengan Zaini. Mungkin …………………. balik ke kampung,” kata Mazlan

10.         Moga-moga Tuhan mengabulkan permohonan……………..ini.


LATIHAN MEMILIH AYAT


Latihan 1

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1.
Budak lelaki itu adalah Faizal.


2.
Saya ialah murid baru di sekolah ini,


3.
Razlan menghadiahi sebentuk cincin kepada teman wanitanya.

4.
Salwa lebih pandai berpidato daripada Salmi.


5.
Majlis itu diadakan bilakah?


6.
Dalam amat telaga itu.


7.
Dia akan berlepas di New Zealand minggu depan.


8.
Saya menonton daripada pagi hingga ke petang.


9.
Ninalah yang paling tinggi sekali di dalam kelasnya.

10.
Jenazah itu diletakkan di pekarangan masjid.


11.
Adalah dimaklumkan bahawa kamu semua dikehendaki datang ke sekolah esok.

12.
Ibu negeri Perak ialah Ipoh.


13.
Dia sangat pandai di dalam mata pelajaran Sains


14.

Guru-guru Besar itu sedang bermesyuarat.

15.

Shiela menunggu Liilian sejak dari pagi.

                                                                                                             


Latihan 2 (Memilih Ayat yang Betul)

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1.
Pak Mat sedang menceritakan tentang kejadian aneh itu.

2.
Alat pendingin hawa itu telah rosak.


3.
Perjalanan ke tempat itu mengambil masa selama satu setengah jam.

4.
Kerja-kerja memperdalamkan sungai itu sedang
Giat dijalankan.

5.
Sungguh dalam sungai itu.


6.
Taman  permainan itu terletak antara masjid dan sekolah.

7.
Zafrul mengetuk-ngetuk meja itu berkali-kali.


8.
Terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat tadi.


9.
Baju itu tersangkut pada paku.


10.
Emak memotong buah itu dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.

11.
Petah sungguh Jonny berbahasa Melayu.


12.
Datuk sedang bercerita tentang kisah silamnya.


13.
Pelbagai jenis kuih-muih terhidang di atas meja itu.


14.

Tahi lalat Noni terletak pada pipinya.

15.

Hanya dia sahaja yang tidak membawa buku.


                                                                              
 


Latihan 3

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1.
Mini telekung yang berwarna merah itu milik Anita.


2.
Peguam itu masuk ke mahkamah sambil menjinjit beg kulitnya.

3.
Aku sanggup berkorban demi untuk ibu ku tersayang.

4.
Si Jalak ialah ayam kesayangan Aqil .


5.
Penjual ais krim itu bernama Encik Chong.


6.
Saya sayang akan ibu saya .


7.
Contoh makanan yang dijual di situ ialah seperti beg,baju,kasut dan bunga.

8.
Suzi berasal dari Thaiping,Perak.


9.
Kami selalu pergi ke situ di waktu petang.


10.
Istana itu amat besar sekali


11.
Haris lebih gemuk dari Zamil.


12.
”Beta tidak mahu rakyat berpecah-belah,”titah Tengku Muda Ali.

13.
Saiful tidak terpilih dalam acara itu oleh kerana sikapnya yang tidak menyenangkan.

14.

Maklumat itu akan disampaikan dari masa ke semasa.

15.

Aiman ialah murid yang paling tinggi sekali di kelasnya.





Latihan 4

Tandakan / pada ayat yang betul dan x pada ayat yang salah

1.
”Ampunkan hamba tuanku,”kata Panglima Husin
Kepada raja negeri itu.

2.
Semua guru-guru dikehendaki hadir ke majlis
makan malam itu.

3.
Kita perlulah saling tolong-menolong antara satu sama lain.

4.
Jika saya berbuat begitu,saya akan dipandang hina.

5.
Penyanyi tahun 60-an itu telah meninggal dunia.


6.
Nama sekolah saya ialah sekolah Kebangsaan Tanjung Emas.

7.
Pasukan antidadah itu datang dari Wialayah Persekutuan.

8.
Juru gambar itu abang saya.


9.
Beratus  penduduk yang melarikan diri dari situ.


10.
Kebanyakan murid-murid di sekolah itu anak orang kaya.

11.
Buku tata bahasa itu kepunyaan Saiful.


12.
Beg itu berat sangat.


13.
Sebahagian daripada kek itu dimakan oleh Zul dan rakan-rakannya.

14.

Pak ngah dan mak teh akan berangkat ke Mekah esok.

15.

Perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ianya amat penting.




16 comments:

You are honoured to do this