A. SKEMA PEMERIKSAAN PENULISAN BM UNTUK GURU
http://risal68.files.wordpress.com/2010/03/skema-pemarkahan-bm-012.pdf
B.SLIDE SHOW -BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR
http://www.slideshare.net/cikgupaklong/bahasa-melayu-kertas-2-upsr-presentation
https://docs.google.com/open?id=0BxGRA2DDgA9SbnEzemhJM1Y5TXM
C.KONSEP TATA BAHASA
1.0
PENGENALAN
Tatabahasa
ialah teori bahasa,sistem,peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang
diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu.Dengan perkataan lain, tatabahasa
itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi
bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi
ialah bidang yang mengkaji perkataan manakala sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji ayat.Kedua-dua bidang ini saling
berkaitan kerana ketepatan tatabahasa bergantung pada ketepatan
perkataan(morfologi) dan ketepatan susunan perkataan(sintaksis) dalam sesuatu
ungkapan.
2.0
MORFOLOGI
➮ mengkaji struktur /susunan
bunyi kata
MORFOLOGI ➮ mengkaji bentuk kata
➮ mengkaji penggolongan kata
2.1 KONSEP DALAM ILMU MORFOLOGI
2.1.1
Struktur Kata
Merupakan susunan bunyi ujaran atau tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
Contoh:
Struktur Betul
|
Struktur Salah
|
pedalaman
|
manladape
|
membina
|
binamem
|
berdasarkan
|
kandasarber
|
2.1.2 Bentuk Kata
Merupakan rupa unit
tatabahasa - berbentuk tunggal(tidak menerima apa-apa perubahan) atau mengalami
pengimbuhan(bentuk terbitan),penggandaan(diulang) dan pemajmukan(Bentuk dua
kata yang hadir serentak)..Bentuk kata boleh digambarkan seperti berikut:
Kata
|
Bentuk Kata
|
hati
|
bentuk tunggal
|
berhati
|
bentuk
terbitan
|
hati-hati
|
bentuk gandaan
|
hati perut
|
bentuk majmuk
|
2.1.3 Penggolongan Kata
Merupakan penjenisan
kata berdasarkan fungsi tatabahasa.Terdapat 4 golongan kata dalam bahasa Melayu
iaitu:
Golongan Kata
|
Contoh
|
Kata Nama
|
taman,jam,Seremban,kucing
|
Kata
Kerja (Perbuatan)
|
bermain,memasak,berlari,duduk
|
Kata Adjektif
(Sifat)
|
cantik,nipis,garang,luas
|
Kata Tugas
|
di,akan,sangat,amat
|
2.2
UNIT-UNIT DALAM MORFOLOGI
Dua unit
morfologi ialah morfem dan kata.Morfem terbahagi kepada dua iaitu:
2.2.1 Morfem Bebas
Boleh
berdiri dengan sendiri tanpa bantuan morfem lain serta mempunyai makna yang
lengkap.Morfem ini tidak boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil
lagi.Contoh morfem bebas adalah seperti saya,kamu,basikal,balai,rumah dan
lain-lain lagi.
2.2.2 Morfem Terikat
Tidak
boleh berdiri sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain.Secara amnya
morfem terikat dalam Bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan.Contohnya: imbuhan
-di,-ter,-ber,-men,-kan dan -me,-kan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
i.Morfem Terikat Satuan-
Bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boleh
dipisah-pisahkan bahagiannya.Terdiri daripada imbuhan awalan seperti:
ter,ber,me,dan di dan imbuhan akhiran seperti –an dan -kan)
ii.Morfem Terikat Terbahagi-
Morfem terikat yang strukturnya dipisahkan oleh kata dasar.Contohnya
kemerosotan,kerajaan,pelaburan,mencurahkan,berdasarkan dan lain-lain lagi.
iii.Morfem Terikat Kompleks-
Merupakan
gabungan dua morfem terikat atau lebih yang berlaku pada awalan atau akhiran
sahaja.Contohnya diperluaskan,diperhambai,memperjuangkan memperingati dan
lain-lain lagi.
2.3 PROSES
PEMBENTUKAN KATA
➮ kata tunggal : 1,2,3,4 suku kata
PROSES PEMBENTUKAN KATA ➮ kata terbitan : berawalan,berakhiran,berapitan,bersisipan
➮ kata majmuk : yang
mantap,penggandaan,pengimbuhan
➮ kata ganda : penuh, separa,berentak
2.3.1
Bentuk Kata Tunggal
Merupakan bentuk kata yang berdiri
sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami penggandaan dan
pemajmukan.Terhasil melalui gabungan vokal dan konsonan seperti berikut:
1 suku kata
|
2 suku kata
|
3 suku kata
|
4 suku kata
|
5 suku kata
|
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
|
1. V + KV
2. V + VK
3. V + KVK
4. VK +
KV
5. VK + KVK
6. KV +V
7. KV + VK
8. KV + KV
9. KV + KVK
10. KVK +KV
11. KVK +KVK
|
1. KV
+ V + KV
2. KV
+ V + KVK
3. V
+ KV + V
4. KV
+ KV + V
5.
KVK +KV + V
6. KV
+KV +VK
7.
KVK + KV + VK
8. V
+ KV + KV
9. V
+ KV + KVK
10. VK
+ KV + KV
11.
KV + KV + KV
12. KVK + KV + KV
13. VK + KV + VK
14. V + KV + VK
15. KV + KV
+ KVK
16. KVK + KV + KVK
17. KV +KVK + KV
18. KVK +KVK + KV
19. KV + KVK + KVK
|
1. KV
+ KV + VK + KV
2. KV
+ KVK + KV + KV
3.
KVK + KV + KV + KV
4.
KVK + KV + V + KV
5. KV
+ KV + KV + KV
6. KV
+ KV + KV + KVK
7.
KVK + KV + KV + KVK
8.
KVK +KVK + KV + KV
9. KV
+ KV + V + KVK
|
1. V + KV + KVK + KV + KV
|
2.3.2 Bentuk Kata Terbitan
Dihasilkan melalui proses pengimbuhan di mana melahirkan bentuk perkataan yang dipanggil
kata terbitan.Imbuhan pula terbahagi kepada 4 jenis:
a.Imbuhan Awalan
Hadir pada awal kata dasar dan dihasilkan bersama kata nama
terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan:
i.Awalan Kata Nama -Contoh :penulis,pembuka,penggali,pengecat,mahasiswa.
ii.Awalan Kata Kerja
-Contoh:melawat,membawa,menjerit,menggali.
iii.Awalan Kata Adjektif -Contoh: tercantik,terluas,terendah,seputih.
b.Imbuhan Akhiran
Hadir pada akhir kata dasar.Hanya wujud dalam kata nama
terbitan dan kata kerja terbitan.
i.Akhiran Kata Nama -Contoh :pakaian,budiman,negarawan,olahragawati.
ii.Akhiran kata Kerja -Contoh : tuliskan,tingkatkan,berkati,duduki.
c Imbuhan Apitan.
Hadir serentak di
belakang dan di hadapan kata dasar.Wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja
terbitan dan kata
adjektif terbitan.
i.Apitan kata Nama -Contoh:pelaksanaan,pembuatan,pendapatan.
ii.Apitan Kata Kerja -Contoh:meletakkan,mentafsirkan,membaharukan.
iii.Apitan Kata Adjektif -Contoh:kearaban,kecinaan,keinggerisan.
d.Imbuhan Sisipan
Hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar.Wujud dalam
kata nama dan kata adjektif.
i.Sisipan Kata Nama .-Contoh : (el)
kelengkang,telunjuk,kelabut
(er) keruping,serabut
ii.Sisipan Kata Adjektif -Contoh : (el)
selerak,gelembung
(er) serabut,gerigi
(em) gemerlap,semerbak
2.3.3 Bentuk Kata Majmuk
Dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan dan membawa
makna.Dieja terpisah tapi bertindak sebagai satu unit.Terbahagi kepada tiga
bahagian:
a.Rangkaian Kata Bebas -Contoh: pasar raya,jalan raya.
b.Istilah Khusus -Contoh: Papan kekunci,rancangan
pengajaran.
c.Simpulan Bahasa -Contoh :hati batu,harga mati,buaya
darat.
d.Bentuk yang telah mantap-Contoh:warganegara,bumiputra,kerjasama.
2.3.4 Bentuk Kata Ganda
Terbahagi kepada 4 jenis penggandaan:
a.Penggandaan penuh -Contoh:kereta-kereta,pen-pen.
b.Penggandaan Separa -Contoh:bebola,lelabi,dedaun,bebunga.
c.Penggandaan Berentak
-Contoh:geli-geleman,licin-licau,kayu-kayan..
d.Penggandaan Berimbuhan-Contoh:Berlari-lari,mencari-cari,sayang-menyayangi,tolong-menolong.
2.4 KONSEP PENGGOLONGAN KATA
Nik Safiah karim(2009) telah menggolongkan perkataan kepada
4 golongan utama :
Bil
|
Golongan Kata
|
Kumpulan Kata
|
Huraian / Contoh
|
1.
|
Kata Nama
|
a.Kata nama khas
b.Kata nama am
c.Kata ganti nama
|
-hidup,tidak hidup
-benda,perkara,konsep
-kata ganti nama tunjuk,kata ganti nama diri
|
2.
|
Kata Kerja
|
a.Kata kerja transitif
b.Kata kerja tak transitif
|
-Kata kerja transitif aktif,Kata kerja transitif pasif
-Kata kerja transitif berpelengkap,
Kata kerja
transitif tanpa pelengkap
|
3.
|
Kata Adjektif
|
a.Kata adjektif sifatan
b.Kata adjektif warna
c.Kata adjektif ukuran
d.Kata adjektif bentuk
e.Kata adjektif waktu
f.Kata adjektif cara
g.Kata adjektif perasaan
h.Kata adjektif jarak
i.Kata adjektif
pancaindera
|
-Baik,jahat,pandai,pintar,berani.
-merah,kuning,putih,kelabu
-panjang,pendek,kecil,besar.
-nipis,pipih,bujur,bulat,leper,buncit.
-lewat,cepat,lama,baharu,segera.
-sering,selalu,kerap,gopoh,lincah.
-suka,sayang,benci,geram.
-jauh,dekat,hampir,nyaris
-masam,manis,sedap,pahit,payau.
|
4.
|
Kata Tugas
|
a.Kata hubung
b.Kata seru
c.Kata Tanya
d.Kata perintah
e.Kata pangkal ayat
f.Kata bantu
g.Kata penguat
h.Kata penegas
i.Kata naïf
j.Kata pemeri
k.Kata sendi nama/sendi
l.Kata pembenar
m.Kata bilangan
n.Kata arah
o.Kata adverba
p.Kata pembenda
qKata penekan.
|
-dan,sambil,tetapi,bahawa.
-eh,aduh,amboi,oh,wah,hai
-bila,berapa,bagaimana,mengapa.
-jangan,usah,minta,tolong,sila.
-hatta,maka,syahadan,alkisah
-telah,sudah,pernah,hendak.
-terlalu,paling,sekali,benar,amat.
-kah,lah,tah
-bukan,tidak
-ialah,adalah
-dari,ke,di,pada,daripada,oleh,kepada
-ya,benar,betul
-dua,tinga,berates-ratus,segala,seluruh.
-penjuru,atas,belakang,bawah,utara.
-menerangkan tentang kata kerja,kata nama,kata
adjektif dan frasa
sendi dari segi
cara,masa,tempat.
-bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan
yang bukan kata
nama sebagai kata
nama(lajunya,sakitnya,tingginya..)
-sesungguhnya,bahawasanya,nampaknya.
|
3.0
SINTAKSIS
Sintaksis
merupakan ilmu yang mengkaji ayat.
3.1
BINAAN AYAT
Setiap ayat mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek (pelaku)
atau satu predikat (cerita)
3.1.1 Subjek
Merupakan frasa nama yang menjadi judul,perkara atau unsur
yang diterangkan.Biasanya terdiri daripada orang,benda,tempat dan perkara
atau terdiri daripada frasa nama,kata ganti
nama,frasa kerja dan frasa adjektif yang berkuasa nama.
3.1.2 Predikat
Merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu
frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.Predikat terdiri daripada,Frasa
nama(FN),frasa kerja(FK),frasa adjektif(FA) dan frasa sendi(FS)
Contoh binaan ayat:
Bil.
|
Subjek
|
Predikat
|
1.
|
Sarah
|
sedang melayari internet.
|
2.
|
Cikgu Zarid
|
memanggil muridnya.
|
3.
|
Kedai itu
|
sangat besar.
|
4.
|
Jam itu
|
mahal harganya
|
5.
|
Cantiknya
|
mata arnab itu.
|
3.2
POLA AYAT DASAR
Ayat dasar atau ayat inti menjadi asas pembentukan semua
ayat dan terhasil melalui gabungan dua frasa.
Contoh Pola Ayat Dasar:
i. Frasa Nama(FN) +
Frasa Nama(FN)
ii. Frasa Nama(FN) + Frasa Kerja(FK)
iii.Frasa Nama(FN) + Frasa Adjektif(FA)
iv.Frasa Nama(FN) + Frasa
Sendi(FS)
3.2.1 Binaan Frasa
Terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang
berpotensi menjadi unit yang lebih besar.
Contoh:
Binaan Frasa
|
Contoh Ayat
|
Frasa dengan satu perkataan
|
Saya kerani
|
Frasa dengan dua atau lebih perkataan
|
Perempuan itu kerani
|
3.2.2 Jenis-Jenis Frasa
Jenis-Jenis Frasa
|
Denifisi
|
Contoh
|
Frasa Nama(FN)
|
Frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada Kata
Nama(KN),KN Terbitan atau Kata Ganti Nama
|
kasut merah
Pemborong itu
Anda semua
|
Frasa Kerja(FK)
|
Binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya kata kerja.
|
menjalankan perniagaan
melukis gambar
|
Frasa Adjektif(FA)
|
Binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih di
mana kata intinya merupakan kata adjektif.
|
pintar amat
cantik benar
|
Frasa Sendi(FS)
|
Frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa
nama.
|
Bungkusan itu daripada Rita
Cengkerang itu dari dasar lautan
|
3.3 JENIS-JENIS AYAT
Terdapat 4 jenis ayat dalam Bahasa Melayu iaitu :
i.Ayat Penyata
ii.Ayat Tanya
iii.Ayat Perintah
iv.Ayat Larangan
Jenis-Jenis Ayat
|
Ciri-Ciri /Tujuan
|
Contoh Ayat
|
Ayat Penyata
|
- membuat
pernyataan/menyatakan
-memberi keterangan
|
1.Mimi sedang tidur
2.Ramli pulang ke kampong
3.Azim seorang anggota polis
|
Ayat Tanya
|
-menanyakan sesuatu
-diikuti dengan tanda soal pada
penghujung ayat.
-diucapkan dengan meninggikan suara.
|
1.Siapakah pemilik banglo mewah itu?
2.Puan Lim jururawat bertugas?
3.Lina tidak lulus ?
|
Ayat Perintah
|
-menyuruh,melarang,mempersilakan,meminta
dan mengarah.
-Terdiri daripada ayat suruhan,ayat larangan,
ayat silaan dan
ayat permintaan
|
1.Pergi ke sana.
2.Sila tinggalkan tempat ini.
3.Jangan datang ke sini.
4.Usah berbohong.
|
Ayat Seruan
|
- melahirkan sesuatu perasaan seperti
takut,marah,kagum,takjub,sakit.
-menggunakan kata seru dan diikuti dengan
tanda seru(!)
|
1.Cis,berani kau menipu aku!
2.Wah,cantiknya bangunan itu!
3.Nah,ambil baju ini!
|
3.4
RAGAM AYAT
Dua jenis ragam ayat ialah :Ayat aktif dan ayat pasif.
i)Ayat Aktif
Ayat yang mempunyai kata kerja dan mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Binaan
ayat aktif :
Subjek + Kata Kerja +
Objek
Contoh ayat:
1.Salina memasak nasi.
2.Aznil membaca buku baru itu.
ii)Ayat Pasif
Ayat yang mengutamakan objek asal.
Objek + Kata Nama +
Subjek
Contoh ayat:
1.Beg itu diangkat oleh Alia
2.Air itu diminum oleh adik
3.5 AYAT MAJMUK
Dibina melalui cantuman beberapa ayat
tunggal.3 jenis ayat majmuk ialah:
i.Ayat Majmuk Pancangan
ii.Ayat Majmuk Gabungan
iii.Ayat Majmuk Campuran.
D.CONTOH RPH
(Kaedah Konstruktivisme/Berpusatkan Murid)
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Tarikh /Hari : 4 OKTOBER 2012 (Isnin)
Tahun :
5 Bestari
Masa :
1 Jam (60 Minit)
Bilangan Murid : 18 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema :
Nilai-nilai Murni
Tajuk :
Petikan “ Contohi Aminah “
Hasil
pembelajaran:
Fokus
Utama :
11.2
Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea,
ayat, penanda wacana, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang
dibaca.
Aras 1 (ii) Menjelaskan mesej dan nilai yang
terdapat dalam bahan.
Fokus
Sampingan :
3.1
Melaporkan
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2
(i) Membentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang betul.
Objektif
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat :
i)
Membuat
ulasan dengan menyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam petikan dengan
mencapai sekurang-kurangnya 17 markah
dalam aktiviti “Pertandingan Jutawan Bahasa.”
ii)
Membuat
pembentangan hasil kerja kumpulan dengan penuh keyakinan.
Pengetahuan
Sedia Ada Murid:
i)Murid tahu,mengamalkan nilai murni dan
sentiasa diterapkan dengan nilai murni.
ii)Murid telah didedahkan tentang cara
membuat ulasan bahagian C
Konsep : Pengajaran secara
konstruktivisme
Sistem
Bahasa
1. Ayat tunggal
2. Ayat majmuk
3. Penanda wacana : (SSDA-Seterusnya,
Selain itu, Di samping itu, Akhir sekali)
Pengisian
Kurikulum:
1.
Ilmu : Sivik
dan kewarganegaraan,Muzik
2.
Nilai murni : bekerjasama,
berani, tekun, teliti dan
berkeyakinan,bersemangat inggi
3. Kemahiran
Bernilai Tambah
i) Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membuat perbandingan
ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar :
memberi maklumat, perbincangan,
pembentangan.
iii) Kecerdasan Pelbagai :
interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik, muzik dan kinestetik
Bahan Bantuan Mengajar:
Komputer riba,
pemancar LCD, gambar-gambar slaid, slaid
nilai-nilai murni, slaid petikan, borang pengurusan grafik,( borang rangka karangan ), carta pemarkahan “Permainan
Jutawan Bahasa”, lembaran kerja aktiviti
pengayaan.
LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
( 7 minit)
|
1.Tayangan Video,”Upin dan Ipin”
2.Tayangan gambar-gambar slaid yang
berunsur nilai-nilai murni.
(Lampiran
1)
Soalan
Nyatakan nilai-nilai murni melalui
gambar.
Maklumat
Contoh-contoh nilai murni (Lampiran 2)
|
i.Menayangkan video “Upin dan Ipin”
ii.Bertanya kepada murid tentang
nilai-nilai yang tersirat dalam tayangan video tersebut.
i.Menayangkan slaid gambar-gambar aktiviti
sekolah sendiri yang mengandungi nilai-nilai murni.
dan meminta murid menyebutnya.
ii.Guru menayangkan senarai contoh
nilai murni dan meminta murid menyebutnya.
|
i.Menonton video
“Upin & Ipin”
.
ii.Tiap-tiap orang murid memberi satu
contoh nilai murni yang terdapat dalam video.
i.Murid memerhatikan slaid sambil menyebut nilai
tersirat secara individu.
ii.Murid membaca contoh nilai-nilai murni yang dipaparkan.
|
Penggabungja
linan
Kemahiran
Bahasa
-mendengar
-membaca
-bertutur
-bahan
-gambar-
gambar
Penyerapan
Nilai
murni
-bekerjasama
-prihatin
-rajin dll
KBT
-kemahiran berfikir menjana idea
Ilmu
-Sivik dan kewarganegaraan
BBM
-Tayangan slaid
|
Langkah 3
(20Minit)
|
1.Aktiviti Kumpulan
Membuat pembentangan
hasil perbincangan
kumpulan
|
i.Meminta murid membentang
kan hasil perbincangan
/kerja kumpulan yang telah disiapkan..
ii.Menyemak bersama-sama
murid jawapan yang telah dibuat dan memberi komen serta menerangkan skema
markah .
iii.Mengumum
kan pemenang pertandingan
kumpulan dan memberi ganjaran/
hadiah
|
i.Wakil
Kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing sambil disemak oleh
guru dan kumpulan lain.
ii.Meneliti
sambil bersoal jawab dan mendengar penerangan guru.
ii.Murid
memberikan tepukan hebat kepada pemenang dan diri sendiri.
|
Penyerapan
Nilai murni
-Mendengar
arahan
-bekerjasama
-menghormati
pandangan orang lain
Penggabungjalinan
Kemahiran Bahasa
-membaca
-mendengar
-bertutur
KBT
-Belajar
cara belajar
-Intrapersonal
Penilaian
-pemerhatian
BBM
-Borang
Rangka Ulasan.
|
Langkah
4
(4 minit)
|
1.Mempamerkan contoh jawapan.
(Lampiran
|
i.Mempamerkan contoh jawapan dan
menjelaskan kepada murid teknik yang betul dan kesalahan-kesalahan yang biasa
dilakukan sambil bersoaljawab.
|
i.Murid mendengar dan memerhati slaid
jawapan sambil bersoaljawab.
|
Penggabungjalinan
Kemahiran
Bahasa
-Membaca
Penyerapan
Ilmu
-Muzik
Nilai
-bekerjasama
-berdisiplin
KBT
Kecerdasan pelbagai
-Muzik
-Kinestetik
|
Penutup
(1 minit)
|
Merumus semula isi
pelajaran
|
i.Bersoaljawab tentang
intipati pelajaran.
-Mengingatkan agar murid
sentiasa mengamalkan nilai murni
-Mengucapkan syabas atas
kerjasama dan semangat yang tinggi untuk bersaing antara kumpulan
|
Murid
mendengar pesanan guru.
|
Pengayaan :
Murid-murid diberi latihan kerja rumah,membuat ulasan.
Disediakan oleh,
Pn.Faridah bt.Doya
No.Pend:D20112053010
E) CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
membuat keputusan
menyelesaikan masalah
menjelaskan
meramalkan
membanding dan membezakan
menerangkan
memberi alasan
menjustifikasikan
menginterpretasi
menaakul
merumus
membuat kesimpulan
memberi idea yang baru
memberi sebab-sebab
mengaitkan
mengenal pasti andaian
menilai
menganalisis
menyampaikan maklumat
memberi akibat
mendapat bukti
membuat pemerhatian yang tepat
berimaginasi
membuat sintesis
membuat deduksi
|
mempersembahkan maklumat
membahas
menyenaraikan
mengategorikan/mengelaskan
menghubungkaitkan
merancang
membuat analogi
mengenal pasti idea utama
membuat generalisasi
memberi pandangan
menghuraikan
membuat inferens
menterjemahkan
menyusun atur
mengecamkan corak/pola
mengecamkan falasi
mengenal pasti kecondongan
memerhati yang ganjil
mengritik
bekerja ke belakang
membuat hipotesis
membuat induksi
mengenal pasti maklumat
mengumpul maklumat
menyusun maklumat
|
terima cikgu..best baca info ni
ReplyDeletepanduan yang amat berguna untuk semua.
ReplyDeletememang hebat panduan yg sangat dikehendaki
ReplyDelete