MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM
BAHASA
MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5
MENGGUNAKAN
MODUL “JELMAAN”
Oleh:
Pn.Faridah bt.Doya
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5
Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam
Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 18 orang..Dalam
Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi
tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian
ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu
Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat
dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya
perlu dihuraikan dengan mengambil contoh
berdasarkan pernyataan atau cerita
yang terdapat dalam petikan sahaja.
Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya
adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak
memperoleh markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu
walaupun saya telah mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah
hasil inovasi saya sendiri yang diberi nama“Teknik SSDA”.Saya berasa amat kecewa
kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh
-20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini
merupakan kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal
mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.
Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya
dapati punca utama murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat
menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini
membuatkan saya rasa terpanggil untuk
berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah
menghasilkan modul yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana modul ini mula
saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang
saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi
seperti di lampiran 1.Disebabkan
sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan
modul ini sebanyak enam kali sahaja namun pencapaiannya amat memberangsangkan
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya pandai,aktif
,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A dalam kesemua mata
pelajaran khasnya Bahasa Melayu
Pemahaman dan Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi
sekolah saya yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini
merupakan kelas harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus
dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B
(Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk
mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang
baik dalam setiap bahagian tersebut.
Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga
bahagian ini saya ajar dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab
apatah lagi saya mengajar anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru
cemerlang,saya lebih memberatkan teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid
saya menerima apa yang saya sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya
ialah murid-murid saya masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya
19/20 dalam bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid elit.Seringkali
saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya
sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang
lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak
membantu.Antara ayat yang saya terima:
-….tak payah
la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat
ulasan tu..
-….jangan
tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi
-….Dapat
markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-lain lagi.
Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama
terus berlaku.Kertas latihan murid yang
semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa kecewa,marah,sedih dan seribu
satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui malah saya turut
tercabar dengan gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah terus berlaku
sedangkan saya telah berusaha memberi penerangan yang sebaik mungkin
menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar serta contoh.Namun,saya harus
berpegang prinsip hidup saya iaitu “Masalah
hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan semangat
yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan ini.
2.0 ISU
KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran
makro dijalankan,saya mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh
20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-mortem
yang dibuat adalah seperti berikut:
PERKARA
|
MARKAH
|
||||||||||
20/20
|
19/20
|
18/20
|
17/20
|
16/20
|
15/20
|
14/20
|
13/20
|
12/20
|
11/20
|
Bwh 10/20
|
|
Bilangan
Murid Capai
|
-
|
1/18
|
2/18
|
1/18
|
4/18
|
5/18
|
3/18
|
1/18
|
1/18
|
-
|
-
|
Peratus
|
-
|
5.5
|
11.11
|
5.5
|
22.2
|
27.7
|
16.6
|
5.5
|
5.5
|
-
|
-
|
Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid
memperoleh markah sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu
sahaja sedangkan markah bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam
subjek Penulisan Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik
ini sudah tentu akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan
keseluruhan dan gred purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR
yang saya semak setiap tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang
besar dalam bahagian yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun
dalam bahagian A dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk
mereka mencapai gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa
seriusnya masalah ini.
Rumusannya,masalah yang saya kenal
pasti di sini ialah murid tidak tahu
menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan
yang diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing
oleh guru.Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid
tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun
huraian yang dibuat menepati pernyataan yang diberi.
Justeru,adalah satu kerugian
besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid saya
mempunyai kualiti diri dalam pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya
yakin jika murid saya diberi latih tubi yang cukup,masalah ini dapat
diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan
pernyataan yang diberi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan
Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja.
3.2 Objektif Khusus
i) Memastikan sekurang-kurang 10
daripada 18 orang murid 5B mendapat
sekurang-kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu
semasa peperiksaan akhir tahun.
ii) Meningkatkan penguasaan dan
kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam pernyataan.
iii) Memudahkan guru-guru Bahasa
Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar bahagian C menggunakan modul yang
dihasilkan.
iv) Meningkatkan pencapaian
keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari segi gred
purata
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah
Kebangsaan Astana Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6
daripada 18 orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan
manakala yang selebihnya berada dalam kategori pandai.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Semakan Lembaran
Kerja
Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat
menilai tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan
5.2 Pemerhatian Dalam P&P
Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan.
5.3 Peperiksaan Akhir
Tahun
Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk
mengukur pencapaian murid dan keberkesanan modul yang dibuat.
5.4 Soal Selidek
Borang
soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum
balas murid berkenaan Modul JELMAAN
yang saya jalankan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.2 TINJAUAN DAN
ANALISIS MASALAH
6.2.1 Semakan lembaran kerja
Untuk melihat sejauh mana
kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih
berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum kajian dijalankan
murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam menentukan nilai
berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya
berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga mula menarik
nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil.
6.2.2 Pemerhatian
dalam P&P
Saya telah membuat pemerhatian
sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab diadakan sebelum
dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi respon
dan sering menyatakan nilai yang salah
berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set
latihan dalam Modul “JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus
kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh
keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.
6.2.3 Peperiksaan
Akhir Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun yang
diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya boleh mengukur
sejauh mana keberkesanan modul yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan
yang agak drastik pada keputusan peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data
pencapaian adalah seperti berikut:
PERKARA
|
MARKAH
|
||||||||||
20/20
|
19/20
|
18/20
|
17/20
|
16/20
|
15/20
|
14/20
|
13/20
|
12/20
|
11/20
|
Bwh 10/20
|
|
MARKAH LATIHAN SEMASA PENGAJARAN
MAKRO
(Penc.Sebelum Guna Modul
|
-
-
|
1/18
5.5
%
|
2/18
11.11
%
|
1/18
5.5%
|
4/18
22.2%
|
5/18
27.7%
|
3/18
16.6%
|
1/18
5.5
%
|
1/18
5.5
%
|
-
-
|
-
-
|
MARKAH
PEP.AKHIR THN
(Penc.Selepas Guna Modul
|
2/18
11.1%
|
8/18
55.5%
|
2/18
11.1%
|
3/18
16.6%
|
1/18
5.5
%
|
2/18
11.1%
|
-
-
|
-
-
|
-
-
|
-
-
|
-
-
|
Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir
Tahun menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak mempengaruhi tahap
pemahaman murid dan telah melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini.
Saya mula berkongsi modul ini
dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka mempraktikkan
kepada murid masing-masing selepas itu.Disebabkan masa yang begitu
terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja dalam pengajaran mereka.
6.2.4 Soal Selidik
Borang soal selidek telah
diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul yang saya
laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah analisis soal
selidik yang telah dijawab oleh murid:
Skala
Likert: 1.sangat tidak setuju
2.tidak setuju
3.kurang setuju
4,setuju
5,sangat setuju
Bil
|
SKALA
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Item
|
(Bilangan Murid)
|
|||||
1.
|
Kemahiran
membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah
|
7
|
5
|
5
|
1
|
0
|
2.
|
Penulisan
Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari Modul JELMAAN
|
9
|
7
|
2
|
0
|
0
|
3.
|
Saya
berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian C selepas guru melaksanakan
Modul JELMAAN
|
0
|
0
|
0
|
6
|
12
|
4.
|
Saya
berasa amat seronok menjawab set-set latihan dalam Modul JELMAAN
|
0
|
0
|
1
|
10
|
7
|
5.
|
Setelah
menjalani set-set latihan dalam modul JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan
untuk membuat ulasan pada Bahagian C.
|
0
|
0
|
0
|
6
|
12
|
6.
|
Modul
JELMAAN benar-benar membantu saya.
|
0
|
0
|
0
|
5
|
13
|
Beberapa orang guru yang turut
mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut:
….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya
dapat melihat pencapaian yang baik
dalam latihan bahagian C yang diberi
….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid
saya lebih mudah menentukan nilai sejak
mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini.
….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di
sekolah kita serta digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.
6.3 Tindakan yang diJalankan
1.Setelah
saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai
kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya
terus mencari idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya
sehinggalah saya terfikir untuk membuat modul yang men gandungi set latih tubi
menentukan /menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN
bagi menjadikannya lebih sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C
2.Sebelum
saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya
akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya.
3.Saya
menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5
Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti berikut:
Tarikh
Penggunaan Modul JELMAAN
TARIKH
|
MASA
|
SET
LATIHAN MODUL
|
10
OKTOBER 2012
|
8.40 –
9.10 pagi
|
1 & 2
|
12
OKTOBER 2012
|
7.40 –
8.10 pagi
|
3 &
4
|
15
OKTOBER 2012
|
11.30 –
12.10 pagi
|
5 &
6
|
17
OKTOBER 2012
|
8.40 –
9.10 pagi
|
7 &
8
|
19
OKTOBER 2012
|
7.40 –
8.10 pagi
|
8 &10
|
22
OKTOBER 2012
|
11.30 –
12.10 pagi
|
11
&12
|
4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum
balas tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang
saya sediakan.
5.Murid-murid
menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.
6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat
pencapaian murid dalam bahagian C.
6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan
Penilaian
Kajian
Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari
persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir Tahun diadakan.
Selepas
Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang
pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan
mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini
secara terperinci seperti pada Lampiran
2.
Berdasarkan
pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian
dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara tidak langsung telah
meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek Penulisan Bahasa
Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan
hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa Melayu dengan disokong oleh
guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini dibukukan
untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga malah turut memberi semangat kepada guru-guru
lain untuk mencontohi usaha saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat
panitia pada bulan Disember 2012 nanti.
6.5 Refleksi Kajian
Pencapaian
murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini
amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah inovasi “SSDA” yang
saya jalankan dan “Modul JELMAAN” ini ternyata banyak membantu murid dalam
membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi sebutan
murid-murid saya.
Saya
berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah menghantar SMS mengucapkan ribuan
terima kasih kepada saya kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam
mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru
ini ,ramai ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas
lonjakan kejayaan anak mereka dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga
mengetahui tentang modul yang saya gunakan melalui anak-anak mereka.
7.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Melalui
refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki
dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:
1.Membuat
penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih
menarik ,kreatif dan mempelbagaikan
bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-lain
lagi.
2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang
menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang
mendapat markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan
yang diberi.
3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan
penggunaan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua
murid tahap 2 di sekolah saya
4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain
untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk menafaat
bersama.
8.0 PENUTUP
Kajian ini
diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan
guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya amnya.Hasil
kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan
pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita
seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab
menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu
pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK).
9.0 RUJUKAN
1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI
2.Ee Ah Meng(1992).
Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan
Fajar Bakti,Kuala
Lumpur,Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
3.Mohamad
Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan
Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM
4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian
Perancangan Penyelidikan Dasar
Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Dewan Bahasa
dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa :
Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.Abd.Rahman
Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai
Penyelidik,ms 18,PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html
8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan
10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss
Lampiran
1
CONTOH
SET LATIHAN 1- MODUL
JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)
BIL
|
PENYATAAN
|
NILAI (Jawapan)
|
1
|
Membawa
bekal / menabung
|
berjimat
cermat
|
2
|
Berjalan
kaki ke sekolah
|
menjaga
kesihatan
|
3
|
Bangun awal
|
berdisiplin
/ menepati masa
|
4
|
Berbaris
ketika naik bas / masuk ke kelas
|
berdisiplin
|
5
|
Menyapu
sampah
|
rajin / mementingkan
kebersihan
|
6
|
Bersalam /
mencium tangan ibu
|
menghormati
|
7
|
Membaca
buku / mengulang kaji
|
rajin,
|
8
|
Melaksanakan
tugas yang diberi
|
bertanggungjawab
/ amanah
|
9
|
Memandang
ke kanan dan kiri ketika hendak
melintas
|
berhati-hati
/ berwaspada
|
10
|
Mandi /
menggosok gigi / berpakaian bersih
|
mementingkan
kebersihan / kesihatan
|
11
|
Bersarapan bersama keluarga
|
kasih
sayang / mementingkan kesihatan
|
12
|
Sembahyang
/ solat
|
taat
|
13
|
Berdiri
tegak semasa lagu Negaraku
|
patriotisme
/ menghormati
|
14
|
Sayang akan
negara
|
patriotisme
/ bertanggungjawab
|
15
|
Belajar
bersungguh-sungguh
|
tekun /
gigih / rajin
|
16
|
Memberi salam
|
menghormati
|
17
|
Pergi ke
perpustakaan
|
mencintai
ilmu / menghargai masa
|
18
|
Menyediakan
jadual harian
|
berdisiplin
/ menghargai masa
|
19
|
Menziarahi
kawan sakit / di hospital
|
prihatin /
kasih sayang
|
20
|
Bertegur
sapa sesama jiran
|
semangat
kejiranan / hemah tinggi
|
21
|
Makan /
berbual-bual / bercuti bersama
keluarga
|
kasih
sayang
|
22
|
Bergotong-
royong
|
kerjasama
|
23
|
Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan
|
semangat
kemasyarakatan / kasih sayang
|
Lampiran
2
REKOD PENCAPAIAN PELAJAR
Bil
|
NAMA MURID
|
MARKAH BAHAGIAN C
SEBELUM MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN
|
MARKAH BAHAGIAN C
SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN
|
1.
|
M. ZAM ZUHAIRI B MOHD
ZAMRI
|
19/20
|
20/20
|
2.
|
M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN
|
15/20
|
19/20
|
3.
|
M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI
|
18/20
|
19/20
|
4.
|
NURFATIN SYAFIQAH BT
AMRAN
|
16/20
|
19/20
|
5.
|
M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN
|
16/20
|
18/20
|
6.
|
NUR MASATIKAF BT AMRI
|
16/20
|
19/20
|
7.
|
MUHAMMAD ANAS B AZAHARI
|
17/20
|
19/20
|
8.
|
DAYANA BATRISYA BT
SHAMSOL
|
18/20
|
20/20
|
9.
|
MUHD. FIRDAUS B MAT
JALIL
|
15/20
|
18/20
|
10.
|
NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK
|
15/20
|
19/20
|
11.
|
MUHD. HAIKAL B MOHD
AZREEN
|
14/20
|
17/20
|
12.
|
IZZATUL WAFA BT MUSTAFA
|
16/20
|
19/20
|
13.
|
M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI
|
15/20
|
17/20
|
14.
|
AIDA NAJWA BT ADNAN
|
14/20
|
19/20
|
15.
|
SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM
|
15/20
|
16/20
|
16.
|
NUR KHAIRIAH SALWA BT
SAHAK
|
14/20
|
17/20
|
17.
|
MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM
|
12/20
|
15/20
|
18.
|
SITI SOLEHAH BT MUHAMAD
|
13/20
|
15/20
|
Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.
ReplyDeleteKajian yang baik...
ReplyDeleteTahniah dan syabas atas usaha Cikgu.
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeleteTAHNIAH KERANA BEKERJA KERAS MELAHIRKAN MURID YANG BIJAK
ReplyDeleteTahniah , kajian yang memberi inspirasi.
ReplyDelete