GALERI HASIL KERJA SAYA

Kawan-kawan...
Inilah kelas dan hasil kerja saya di sekolah....Kelas ini diceriakan bersama sentuhan jari-jemari anak didik saya...Walaupun dalam kesibukan mengajar,namun persekitaran kelas tetap diutamakan ...Hal ini kerana saya percaya bahawa keadaan kelas yang kondusif akan membangkitkan semangat untuk belajar...dan menjadikan guru serta  murid-murid lebih seronok ketika berada di kelas..




Kelas 6 Bestari terletak di tingkat dua bangunan baru SK Astana Raja..Terdiri daripada 21 orang murid yang semuanya ceria serta menghiburkan..walaupun kadang-kala saya berasa marah dengan kenakalan mereka..

Berhampiran pintu masuk kelas saya..Saya memilih konsep "Taman" dalam menghias kelas saya..Ini akan menimbulkan ketenangan kepada penghuni dan pengunjungnya...

Di sudut karya ini (pada bentuk buah strawberi) di tampalkan hasil-hasil karya yang dipetik dari majalah,internet dan akhbar...bagi saya hasil karya..merupakan hasil seni yang sangat tinggi nilainya...saya mahu anak-anak didik saya tahu menghargai dan meminati  puisi seperti pantun,sajak,syair,seloka dan gurindam..

Sudut ini pula,saya paparkan wajah-wajah pelajar yang menjadi pelopor kelas ini pada tahun 2011  ..Sudut ini sering  mengimbau kenangan manis bersama mereka...indahnya waktu itu...


Almari yang turut dimanfaatkan...pada almari pula tertampal lukisan hasil kerja murid...

Untuk menghias ruangan ini kertas pembalut hadiah digunakan...

Ruangan membaca dan santai...di belakang kelas..

Mural ini terletak di hadapan Bilik PKG yang terletak di dalam kawasan sekolah saya..Saya lukis dan warnakan mural ini pada waktu petang sebagai aktiviti rekreasi saya...

Apabila ada kelapangan tempat ini sudah pasti akan saya kunjungi..bagi saya melukis dapat merehatkan minda ...

Mural yang sudah siap di laluan PPDa ..Mural ini turut dibantu oleh rakan-rakan guru yang mempunyai minat yang sama

i

Di luar perpustakaan..


Laluan PPDa yang ketika itu masih belum dipenuhi maklumat...

Ketika dalam proses melakar mural...


Kelas lama  yang tinggal kenangan..terletak di bangunan lama..



Sudut BM yang di hasilkan..Terletak di bawah tangga naik ke pejabat bangunan lama..Ruangan ini merupakan tempat murid berehat sambil membaca..



Antara sudut PPDa yang saya buat bersama kawan-kawan....

Mural ini terletak di hadapan perpustakaan sekolah.

Info-info tentang dadah turut ditampal di sini untuk pembacaan murid

Mural ni saya lukis beberapa tahun yang lalu..sudut bercerita di perpustakaan saya..

Mural  ni terletak pada bahagian belakang  perpustakaan sekolah ...di buat daripada bahan-bahan seperti kertas dan kain...yang berwarna biru itu diperbuat daripada kain satin...

Kelihatan seperti sebuah akuarium yang besar...tempat ini juga boleh dijadikan bahan pengajaran guru...

Pada pokok ini ditampal bahan pengajaran Agama Islam..
Bahagian belakang kelas 6 Bestari..

Pada dinding belakang kelas terdapat bahan bacaan yang begitu mrwah untuk rujukan dan percambahan ilmu murid..

Kata-kata semangat untuk murid...

Meja sebelah kiri...merupakan meja pelawat...

Murid-murid kelas sedang membantu  menyediakan bahan-bahan yang hendak ditampal pada kelas mereka...

Mereka murid yang rajin..

Kerjasama mereka amat saya hargai..indahnya kenangan ini..

Menggunting tikar getah lama untuk dijadikan alas meja masing-masing...

Kelas yang kondusif merangsang pembelajaran...

Ini lah wajah 6 Bestari...2012..Kelas ini telah menjadi juara pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dua tahun berturut-turut.

Hasil kerja murid tidak lupa untuk dipamerkan...

Wajah-wajah  6 Bestari 2012 yang ceria.....


Sudut PPDa di kelas saya..

Sudut fail Bahasa Melayu...Di dalam fail ini terkandung hasil karangan murid..



Sudut risalah...

Lukisan murid...





Aktiviti seperti ini turut merapatkan hubungan sesama mereka..

Komitmen mereka memang hebat...moga mereka jadi insan-insan cemerlang..

Hati saya tersentuh apabila murid-murid kelas lain turut membantu saya...mereka ni murid tahun 4 yang suka ingin membantu..


31 comments:

  1. Cikgu memang seorang guru yang kreatif dan inovatif. Saya suka lukisan dan kraftangan dalam gambar itu. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...saya memang suka menghabiskan masa dengan kerja-kerja seni begini...minat saya pada lukisan sejak di bangku sekolah lagi...Tambahan pula kerja-kerja begini menjadikan saya lebih rapat dengan murid saya..

    ReplyDelete
  3. Sangat cantik dan memukau pandangan. Tahniah dan Syabas cikgu!!...semoga segala jasa dan bakti cikgu dibalas oleh Allah.... :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. cikgu seorang yang sangat kreatif. Saya suka dengan hasil kerja cikgu. Bolehlah saya cedok sedikit ilmu menghiasnya.....

    ReplyDelete
  5. Salam. Mohon kebenaran cikgu utk sy ambil idea kreatif cikgu. Nk aplikasi kat kelas sy. Cikgu Sgt kreatif...guru Yang berjiwa guru..syabas.

    ReplyDelete
  6. Mohon kongsi hasil sentuhan kreatif cikgu dan anak-anak murid. Tidak dapat dinafikan keceriaan kelas dapat meningkatkan motivasi dan prestasi murid.

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH . SEORANG GURU YANG SANGAT INOVATIF .

    ReplyDelete
  8. sgt cantik dan kreatif.....mohon kongsi idea ini..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah rajinnya cikgu..tahniah..

    ReplyDelete
  10. syabas cikgu,sangat2 cantik n kraetif..

    ReplyDelete
  11. K . R . E . A . T . I . F . Success Thumbs up.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing dear teacher.. Thumbs up..

    ReplyDelete
  13. Syabas cikgu..Rajin cikgu ni. Mudah-mudahan segala usaha cikgu sentiasa mendapat keberkatan. Mohon cedok sedikit idea.

    ReplyDelete
  14. sgt2 kreatif,

    ReplyDelete
  15. Syabas cikgu..Mohon share utk keceriaan d sekolah saya terima kaaih

    ReplyDelete
  16. Syabas cikgu..Mohon share utk keceriaan d sekolah saya terima kaaih

    ReplyDelete
  17. asalamualaikum cikgu..saya pun nak mohon kebenaran utk copy idea cikgu...smga allah sentiasa memberkati usaha cikgu...aamiin

    ReplyDelete
  18. Cantik sgt cikgu.. .. byk bagi inspirasi buat bakal cikgu macam sy

    ReplyDelete
  19. Sgt kreatif..teruskan usaha cikgu.moga segala urusan cikgu mendidik anak bangsa dipermudahkan Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas sokongan dan penghargaan..gunakanlah idea sy jika dapat membantu..

    ReplyDelete
  21. Salam. Terima kasih atas sebaran semangat ini, semoga Allah kekalkan rasa dan semangat ini sehingga kita dijemput oleh-Nya. Salam pendidik jati. =)

    ReplyDelete
  22. salam cikgu,boleh share tak apa2 yang boleh sy gunakan untuk kelas sy nanti?sy br 1st time nk jd guru kelas tahun ini.klu boleh boleh tolong email pd sy
    imanis76@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. Tahniah cikgu sgt kreatif..mohon halalkan idea yg dicedok..sgt memberi inspirasi kpd saya untuk aplikasikan di kelas..

    ReplyDelete
  24. Tahniah Cikgu..Best kan klu Cikgu pindah ke sekolah saya :-)

    ReplyDelete
  25. Tahniah cikgu sgt kreatif..mohon kebenaran copy idea yg dicedok..sgt memberi inspirasi kpd saya untuk aplikasikan di kelas..

    ReplyDelete
  26. Terserlah sebagai seorang guru yang kreatif, inovatif dan dedikasi. Izinkan saya utk aplikasi idea cikgu dlm kelas saya. Mohon halal ye.

    ReplyDelete
  27. saya cukup bangga dengan cikgu

    ReplyDelete

You are honoured to do this