PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C

BAHAGIAN C

-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh  murid-murid   tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan rangsangan yang diberi.

-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan tersebut.

-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.

-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.

A.SENARAI NILAI MURNI



RAJIN

BERTANGGUNGJAWAB

TOLONG-MENOLONG

BERDIKARI

BEKERJASAMA

KEBEBASAN

BAIK HATI

BERSIKAP SEDERHANA

PEMURAH/MURAH HATI

BIJAKSANA / BIJAK  MEMBUAT KEPUTUSAN

JUJUR

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI

AMANAH

DEDIKASI

RELA/SANGGUP BERKORBAN

BERDIKARI

MENGHARGAI MASA

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

MEMPUNYAI JATI DIRI

PRIHATIN

BERANI

BERDISIPLIN

HORMAT / MENGHORMATI

MENJAGA KEBERSIHAN

PERAMAH/MUDAH MESRA

MENJAGA KESIHATAN

IKHLAS

MENJAGA KESELAMATAN

KASIH SAYANG/ SIMPATI

SEMANGAT PATRIOTIK

RASIONAL

TABAH/SABAR/CEKAL

TAAT / PATUH

BERADAB SOPAN

SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

B.MODUL JELMAAN 

CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI


BIL
PENYATAAN

NILAI
1
Membawa bekal / menabung

berjimat cermat
2
Berjalan kaki ke sekolah

menjaga kesihatan
3
Bangun awal

berdisiplin / menepati masa
4
Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas

berdisiplin

5
Menyapu sampah

rajin / mementingkan kebersihan
6
Bersalam / mencium tangan ibu

menghormati
7
Membaca buku / mengulang kaji

rajin,
8
Melaksanakan tugas yang diberi

bertanggungjawab / amanah
9
Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak  melintas

berhati-hati / berwaspada
10
Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih

mementingkan kebersihan / kesihatan
11
Bersarapan  bersama keluarga

kasih sayang / mementingkan kesihatan
12
Sembahyang / solat

taat
13
Berdiri tegak semasa lagu Negaraku

patriotisme / menghormati
14
Sayang akan negara

patriotisme / bertanggungjawab
15
Belajar bersungguh-sungguh

tekun / gigih / rajin
16
Memberi  salam

menghormati
17
Pergi ke perpustakaan

mencintai ilmu / menghargai masa
18
Menyediakan jadual harian

berdisiplin / menghargai masa
19
Menziarahi kawan sakit / di hospital

prihatin / kasih sayang
20
Bertegur sapa sesama jiran

semangat kejiranan / hemah tinggi
21
Makan / berbual-bual / bercuti  bersama keluarga

kasih sayang
22
Bergotong- royong

kerjasama
23
Menziarahi  / berkunjung ke rumah jiran /rakan

semangat kemasyarakatan / kasih sayang
24
Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan

cepat bertindak / tanggungjawab
25
Menderma / bersedekah /memberi bantuan

baik hati / pemurah
26
Memaafkan kesalahan orang lain

hemah tinggi / baik hati
27
Menolong haiwan

baik hati / kasih sayang / belas kasihan
28
Mengendalikan perlawanan dengan adil

amanah / tanggungjawab
29
Menyelamatkan kawan lemas 

setia kawan / kasih sayang / berani
30
Memulangkan barang yang dijumpa

jujur
31
Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa

tanggungjawab / kasih sayang
32
Berterima kasih

bersyukur
33
Masak makanaan untuk keluarga  / anak

tanggungjawab / kasih sayang / rajin
34
Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan

insaf / jujur
35
Makan dengan sopan

hemah tinggi / tertib
36
Bercakap dengan lemah- lembut

Hemah tingggi / sopan / berbudi bahasa
37
Memakai pakaian sekolah / lencana 

berdisiplin / patuh
38
Mendengar nasihat

patuh / akur
39
Meminta izin  guru / ibu bapa

menghormati
40
Membantu rakan yang bermasalah

baik hati / kasih sayang
41
Menumpukan perhatian semasa guru mengajar

endah / tekun
42
Membeli / memberi  cenderahati  / hadiah / buah tangan

baik hati / menghargai / kasih sayang
43
Berdoa  kepada tuhan untuk  keluarga, rakan

kasih sayang / prihatin
44
Tidak menconteng  dinding sekolah

berdisiplin
45
Mempunyai hobi

menghargai masa
46
Memuji keindahan

bersyukur,  menghargai
47
Tidak terpengaruh  hasutan rakan

rasional /
48
Menerima pendapat orang lain

toleransi / rasional
49
Terselamat daripada bencana / kemalangan

bersyukur
50
Menyimpan alatan di tempat asalnya

berdisiplin / tanggungjawab
51
Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah

berdikari / rajin / tanggungjawab
52
Bercita-cita tinggi

berwawasan tinggi
53
Menerima pendapat/cadangan

rasional  / toleransi
54
Beratur menunggu giliran 

berdisiplin / bertimbang rasa
55
Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan

berwawasan tinggi
56
Menyanjungi guru

mengenang jasa / menghormati
57
Tidak pernah berputus asa

tabah / cekal
58
Melayanan tetamu dengan mesra

kasih sayang / hemah tinggi
59
Bersimpati akan bebanan ayah ibu

prihatin / kasih sayang
60
Membuang sampah ke dalam tong sampah

berdisiplin / mementingkan kebersihan
61
Mengotakan janji

amanah
62
Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk

bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi
63
Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu

rasional
63
Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan

patuh
64
Berkongsi masalah sesama rakan

kasih sayang / setia kawan
65
Tidak sombong / meninggi diri

rendah diri /
66
Rela berkorban nyawa

Ikhlas / pqtriotisme
67
Melaksanakan tugas tanpa merungut

dedikasi  / ikhlas
68
Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran

mengenang jasa / menghargai
69
Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis

berani
70
Bersedia menghadapi cabaran

berani / yakin
71
Rela mengorbankan masa dan tenaga

dedikasi
72
Melakukan tanpa mengharapkan balasan

ikhlas
73
 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat

kerjasama / bermuafakat
74
Percaya akan kebolehan diri sendiri 

yakin
75
Menjaga perlakuan / pertuturan

hemah tinggi
76
Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan

bermuafakat
77
Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain

bertimbang rasa / bertolak ansur
78
Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang

kreatif  / yakin / berani mencuba
79
Mengutamakan golongan orang tua /  kanak-kanak

kasih sayang / baik hati / hemah tinggi
80
Tidak meninggikan suara  apabila bercakap

hemah tinggi / sopan
81
Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal

semangat kejiranan / peka
82
Menolong ibu menghidangkan makanan

rajin / baik hati
83
Membeli barang yang perlu sahaja

berjimat cermat
84
Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri

berdisiplin / menepati masa
85
Datang awal ke sekolah

menepati masa
86
Merawat binatang yang cedera

prihatin / baik hati / cepat bertindak
87
Menolong kawan yang pernah menolong kita

setia kawan
88
Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala

patuh
89
Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading

berwawasan tinggi
90
Minum air lapan gelas sehari

mementingkan kesihatan
91
Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu

cermat / teliti / tanggungjawab
92
Membalut buku-buku teks sendiri

berdikari
93
Melakukan kerja tanpa mengharap balasan

ikhlas
94
Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan

jujur
95
Menerima kekalahan pasukan

semangat kesukanan
96
Tidak merungut menghadapi dugaan hidup

tabah / cekal
97
Menyesali kesalahan yang pernah dibuat

insaf
98
Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah

aktif
99
Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa

menghargai / mengenang jasa
100
Menanam pokok bunga pada waktu lapang

menghargai masa
101

Menbelek-belek baju yang hendak dibeli

teliti
102

Mengemas tempat tidur apabila bangun
berdikari
103
Merindui keluarga yang jauh di kampung

kasih sayang
104
Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa

patuh / akur
105
Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan

amanah / tanggungjawab
106
Hampir terjatuh keran hendak cepat

berhati-hati
107
Memberi perangsang kepada murid-murid

tanggungjawab
108
Segera meminta maaf

hemah tinggi
109
Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan

cepat bertindak
110
Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi

insaf
111
Bersalaman dengan datuk dan nenek

menghormati
112
Makan makanan yang tidak berkhasiat

mementingkan kesihatan
113
Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga

berwawasan tinggi
114
Sanggup mengajar dengan percuma

ikhlas
115
Menegur rakan yang berbuat salah

berani
116
Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran

berani
117
Berdoa agar rakan cepat sembuh

setia kawan / kasih sayang / prihatin
118
Memberi cenderamata kepada penceramah

menghargai
119
Kagum akan keindahan alam

cinta akan alam sekitar / bersyukur
120
Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung

baik hati / bertimbang rasa
121
Merayau-rayau di pusat membeli-belah

menghargai masa
122
Memandu tanpa lesen

patuh
123
Membuang sampah ke dalam sungai

tanggungjawab
124
Membaca novel sementara menunggu ibu bapa

rajin / menghargai masa
125
Menolong ayah berkebun pada hujung minggu

rajin / kasih sayang
126
Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan

berdisiplin
127
Membeli buku di pameran buku

mencintai ilmu
128
Berhati-hati semasa menggunting kertas

teliti
129
Membeli barang dengan wang simpanan sendiri

berdikari
130
Menyertai perarakan Hari Kebangsaan

patriotisme
131
Tidak melayari laman web yang tidak beretika
rasional

132
Bersama-sama melakukan kerja

kerjasama
133
Jangan cepat memberi hukuman

adil / rasional
134
Hidup sepakat membawa berkat

bermuafakat / toleransi
135
Tidak memilih rupa atau pangkat

rasional / adil
136
Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya

berhati-hati / patuh
137
Berderma kepada mereka yang memerlukan

baik hati
138
Menutup suis lampu bilik ketika keluar

berjimat cermat
139

Ketua kampung juga turut membantu kami
tanggungjawab
140
Berebut-rebut menaiki bas

berdisiplin
141
Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk
bertimbang rasa / peka

142
Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah

menghargai masa
143
Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam

menghargai masa / menepati masa
144
Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini

bersyukur / mengenang jasa
145
Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian

tekun / tanggungjawab
146
Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan

setia kawan
147
Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi

kerjasama / mementingkan kebersihan
148
Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah

berhati-hati
149
Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan

semangat patriotisme
150
Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban

mengenang jasa

C.  CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C


PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.  Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah.  Azim segera mematikan suis televisyen.  Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.  Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun.  Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.  Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap.  Dia hampir-hampir  tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi.  Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya.  Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

PETIKAN 3
Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan  bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful  mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin          jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa       mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.
            Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk
PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini.  Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan.  Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.  Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.  Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.  Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.  Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi  masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.  Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.  Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ.  Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat

PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.  Dia pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya.  Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.
            Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat  keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan.  Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka.  Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya


PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja  baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.
       Suatu petang,  Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
            ”Anak encik perlu  menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.
    

 PETIKAN 10
Pergi ke  pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli  si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.

                 Dayung sampan ke Tasik Cini ,
                 Peluh mengalir nampak di dahi;
                  Perkara baik kita teladani,
                 Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,
Lalu  dijual di pinggir  kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.

                Bunga kiambang sungguh menawan,
                 Kembang mekar  di pagi hari;
                 Kalau dapat mengapai  awan,
                 Jangan pula meninggi diri.

 Buah labu si buah kundur,
 Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.

D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN C

Nama :…………………………..                                      Tarikh:…………….
Tahun:……………………

Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikan
             contoh yang sesuai berdasarkan petikan        
             tersebut.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi
             50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan   
             sahaja.

     Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia  memberikan peluang kepada  murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun  2 membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya  bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.


Jawapan:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












22 comments:

  1. Satu lagi hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.

    ReplyDelete
  2. Saya SISC+ Bahasa Melayu. Terima Kasih .Minta izin untuk menjadikan bahan Puan sebagai tambahan modul saya untuk membantu sekolah di daerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan..saya halalkan..ilmu untuk dikongsi...bukan untuk dibawa sampai mati...

      Delete
    2. ok juga dapat belajar bahasa melayu ni sebab dapat banyak nilai murni. thanks Faridah Doya

      Delete
  3. Sumber rujukan yang baik. Mohon kebenaran untuk dijadikan rujukan murid-murid saya.

    ReplyDelete
  4. sumber rujukan yg baik dan bernas.sgt bagus utk sy yg baru berkecimpung dlm bidang mengajar.mintak halal dan tahniah utk puan :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu...

    ReplyDelete
  6. Saya mohon kebenaran untuk berkongsi dengan murid2 saya.

    ReplyDelete
  7. mudah difahami murid, mudah difahami oleh guru untuk memberi pengajaran kepada murid...syabas puan....terima kasih

    ReplyDelete
  8. Mohon share untuk dikongsi dengan murid2 saya..terima banyak2...

    ReplyDelete
  9. sangat membantu pengajaran saya. erima kasih cg.Faridah

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah komform dapat A

    ReplyDelete
  11. Mohon juga digunakan bersama murid-murid saya,tahniah Cikgu dan terima kasih

    ReplyDelete

You are honoured to do this