Saturday 20 October 2012

ANTARA KEJAYAAN DALAM KERJAYA..

Hari ini dalam sejarah...Saya telah dinobatkan sebagai Guru Inovatif Kategori Sek.Rendah Peringkat Negeri Sembilan daripada  pihak JPNS pada tahun 2009 atas kaeadah" SSDA"(Penulisan BM UPSR) ..Semuanya atas galakan bekas Guru Besar saya ..Pn.Hanifah Ali..Rasanya kenangan ini paling indah dalam lipatan sejarah perkhidmatan saya....

Penyampaian Anugerah oleh YB Zaiful...ADUN Kawasan Rembau..semasa Hari Guru Peringkat Daerah Rembau

Bersama YB Zaiful dan Bekas Pengarah Pelajaran NS..Dato'Abdullah..

Menerima Anugerah Guru Inovatif semasa Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2009 di Alson Klana Seremban

Tidak pernah saya terfikir untuk mencapai tahap ini...alhamdulillah..

Mewakili Majlis Guru Cemerlang NS untuk pemurnian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM) bersama Jemaah Nazir Malaysia di Melaka..
Anugerah untuk guru subjek teras sempena kecemerlangan UPSR 2011
Majlis APC...

AKTIVITI LUAR SEBAGAI GURU CEMERLNG BAHASA MELAYU

Menyampaikan ceramah di Glory Beach Resort,Port Dickson untuk salah sebuah sekolah dari Selangor.

Ceramah Bahasa Melayu Penulisan UPSR

Peserta-peserta ceramah di dewan ceramah,Hotel Glory Beach



Murid-murid diberi peluang menjawab soalan .




Hadiah penghargaan untuk murid yang berjaya menjawab

Memberi bimbingan secara individu

Rehat sebentar...bagi melegakan minda dan menceriakan suasana ..aktiviti senaman ringan

Bersama Cikgu Razman di SK Kota..

Ceramah untuk murid Elit Daerah Rembau suatu masa dahulu..


Menyampaikan ceramah untuk murid-murid Orang Asli NS-Melaka...Satu pengalaman menarik...

Apa yang saya lihat..mereka bagus seperti murid Melayu juga..

Menjawab latihan dengan tekun sambil menikmati muzik instrumental...

Sesi ceramah untuk murid sendiri di makmal ICT...

Wajah anak-anak didik saya sendiri yang penuh harapan..

Memberi penerangan tanpa jemu untuk murid sendiri...

Menyampaikan ceramah di Hotel Puteri Ayer Keroh untuk Murid Elit Kawasan Tampin..

Mereka datang dari pelbagai sekolah dari Daerah Tampin..

Ketika menyampaikan ceramah di Hotel Seri Malaysia,Port Dickson

Ceramah di SK Undang Rembau


Saturday 6 October 2012

LAGU KANAK-KANAK (UNTUK PENGAJARAN BM)





KATA-KATA YANG SERING MENJADI PEGANGAN..




1.Jadilah org yang disenangi supaya semua orang yang berinteraksi dengan kita berasa selesa apabila bersama kita.

2.Jadikan diri kita orang yang menarik supaya setiap orang yang mengenali kita akan turut mendapat manfaat daripada kita dan gayakan penampilan kita sebagai orang penting

3. Terimalah perbezaan dan kekurangan org lain dengan ikhlas.Manusia ini tidak sama.

4.Apabila orang lain mencapai kejayaan –ucapkan tahniah.sebaliknya apabila seseorang dalam kesedihan seperti berlaku kematian –ucapkan takziah.

5,Jadilah insan yang prihatin (bersikap ambil berat)terhadap orang lain.

6.Jangan salahkan orang lain apabila mengalami kegagalan.Sebaliknya kaji kelemahan diri sendiri.

7.Jangan hanya pandai mengkritik orang lain,sebaliknya tunjukkan kerja kita yang baik serta berbaik sangkalah dengan orang lain.

8.Jadilah insan yang unggul,sentiasa berfikiran positif ,berani mencuba sesuatu,berwawasan  dan mempunyai semangat jati diri yang kental dan berani mengharungi apa saja cabaran.

9.Hormatilah orang lain jika kita ingin dihormati dan sentiasalah mengamalkan budi bahasa dalam hidup kita.  

10.Jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan untuk menuju kejayaan..                                                                    



MARI MENGUJI MINDA




NAMA KUMPULAN  :………………………………………..
Lengkapkan jawapan dengan betul:
1.Nyatakan penjodoh bilangan bagi yang berikut:
   a.Pokok serai   :…………………………
   b.Cendawan     :…………………………
   c.Busut              :………………………….
   d.Ketayap         :………………………….
   e.tasbih             :………………………….
2.Nyatakan antonim bagi perkataan berikut:
   a.Cair                 :…………………………...
   b.Kerapkali      :…………………………….
   c.Dungu            :…………………………….
   d.Hiruk-pikuk  :…………………………….
   e.Dukacita        :…………………………….
3.Nyatakan sinonim bagi perkataan berikut:
   a.Bertutur       :………………………………
   b.Situasi           :……………………………...
   c.Aneh              :………………………………
   d.Prasarana     :…………………………….
   e.Usia               :……………………………..
MOGA BERJAYA…….                             FD….2012

You are honoured to do this